Seni & Sukan 15 Aug, 2022

Video| Kayuhan Merdeka 2 pengayuh! Singgah di Terengganu! Sebelum berakhir di Perlis! 31 Ogos 2022!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this


SEMANGAT kemerdekaan terus disemarakkan oleh dua pengayuh basikal yang berkayuh ke seluruh Semenanjung dan mengedarkan bendera Jalur Gemilang,

Che Saad Noordin, 72, dari Baling, Kedah dan rakan kayuhannya Zaki Noor Musa, 51, dari Pasir Putih, Kelantan nekad untuk berkayuh sehingga ke Perlis dengan sasaran untuk berakhir pada 31 Ogos 2022 ini.

Mereka memulakan program Kayuhan Merdeka pada 1 Ogos 2022 lalu dari pekarangan Sekolah Kebangsaan Haji Husin, Kampong Tupai Sik, Kedah. Pelepasaan telah dilakukan oleh Dato' Ardenan Dollah dari Sik, Kedah.



Pada 10 Ogos 2022 lalu, di Pantai Kemasik, Kemaman di Terengganu, kedua-dua pengayuh mengedarkan Jalur Gemilang kepada 30 pelajar Tadika dan 11 pelajar Taska KEMAS dari Medan Jaya, Marang.
Pelajar-pelajar terbabit datang ke Pantai Kemasik dengan dua buah bas sewa khas bersama keluarga dan dua guru untuk beriadah.
Cikgu Siti Fatimah Aziz, 35, memberitahu KitaReporters semua ibu bapa yang hadir merasa bangga kerana anak anak mereka dapat mengibarkan Jalur Gemilang dengan bersemangat yang tak pernah mereka alami sebelum ini.
Sementara itu, Cikgu Siti Suhaini Zakaria, 37, pula mengakui inilah pertama kali pelajar Tadika Taska KEMAS Medan Jaya gembira mendapat Jalur Gemilang yang diberikan oleh pengayuh Kayuhan Merdeka. 

Sementara itu, beberapa ibu bapa pelajar berkenaan terharu melihat anak-anak mereka mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.
Ibu seorang pelajar tadik, Rogayah Ali, 34, berkata semangat kemerdekaan amat perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak pada peringkat tadika dan taska lagi.
Tegasnya, dengan tertanamnya semangat kemerdekaan sejak kecil dalam jiwa mereka, anak-anak itu lebih menyintai tanah air dan perjuangan wira-wira terdahulu yang terkorban demi sabuah kemerdekaan yang rakyat warisi hari ini. - KitaReporters

10
11
0
18
0
You will be interested