Seni & Sukan 05 Sep, 2022

Video| Tetap kawan dengan bekas suami demi anak-anak! Nad Zainal, Faliq bercerai! Ada orang ketiga?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KIRA-KIRA 7 tahun lalu, pelakon berwatak Nad Zainal, 32, mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pengurusnya, Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015. 

Selepas itu hubungan mereka bebas daripada gosip dan melahirkan dua zuriat, Fahad Ibrahim, 6, serta Budi Kalsom, 1.

Tetapi tiba-tiba berlaku pergolakan rumah tangga hingga membawa kepada perceraian baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan perceraian dan perpisahan

Nad bersama Faliq bersama anak-anak ketika masih bahagia
Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini mengumumkan sudah bercerai kepada media pada malam hari Sabtu, 3 September 2022 bagi menghindar fitnah. Namun dia enggan mendedahkan punca sebenar bercerai, cuma menyatakan atas persetujuan bersama.

Susulan perpisahan itu, Nad memadam semua gambarnya bersama Faliq dalam Instagramnya.

Namun menurut Nad, dia dan bekas suami tetap menjadi kawan, tidak akan bermusuhan demi anak-anak yang semakin membesar


Nad yang merupakan pemilik diploma teater dari Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA), mula berlakon pada 2008 dan kini menjadi salah seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak.

Di samping berlakon, Nad juga menjalankan beberapa perniagaan antaranya mengeluarkan produk kosmetik dengan nama Audela Nad Zainal.

Difahamkan punca perceraian adalah gangguan pihak ketiga dan Nad enggan memperpanjang masalah. - KitaReporters

14
16
0
11
0
You will be interested