Seni & Sukan 11 Sep, 2022

Liga Super 2022: KL City FC teruskan rentak kemenangan! Tundukkan Sri Pahang FC 2-0! Tangga ke-5!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kuala Lumpur City (KL City) meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya menundukkan Sri Pahang FC 2-0 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi, 11 September 2022.

KL City yang masih dalam mood terbaik selepas berjaya ke pusingan akhir Piala AFC 2022 Antara Zon turun dalam misi meneruskan kemenangan dan ternyata mereka lebih berbahaya dalam perlawanan ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super

Kredit foto: FB MFL dan FB Sri Pahang


Biarpun bermain di tempat lain, KL City lebih dominan dalam perlawanan ini dan berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi pemain muda, Haqimi Azim Rosli pada minit ke-31 selepas beliau berjaya memanfaatkan peluang di dalam kotak penalti. KL City terus menyerang bagi mencari gol kedua.  

Sri Pahang cuba mengimbangi perlawanan namun permainan mereka malam ini seperti tidak menjadi dan banyak hilang bola apabila menyerang.  

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dato' Dollah Salleh menukar beberapa pemain untuk menambah tenaga baharu namun ia seperti tidak menjadi. 

KL City yang menyerang bertali-arus akhirnya menambah jaringan kedua pada minit ke-72 menerusi Zhafri Yahya

Sri Pahang cuba menukar taktikal tetapi KL City dilihat lebih cemerlang dalam perlawanan ini. 

KL City berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat permainan dan kemenangan ini membolehkan skuad Warga Kota itu berada di tangga kelima liga. - KitaReporters


Kredit Foto: FB MFL dan FB Sri Pahang

15
12
0
12
0
You will be interested