
Poster pameran
Pameran Naga: Imej dalam Budaya Material sedang berlangsung di Muzium Perak, di Taiping sejak 29 April sehingga 31 Disember 2025.
Pameran ini menarik perhatian khalayak kerana ia mengetengahkan simbol naga dari pelbagai budaya masyarakat di Malaysia.
Pameran ini jelas menggambarkan bagaimana satu simbol iaitu naga yang dikongsi menjadi jambatan pemahaman dan keharmonian antara budaya yang pelbagai.
Pengarah
Muzium Perak di Taiping, Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir berkata, pihaknya membahagikan
pameran itu kepada lima segmen dengan fokas utama iaitu naga.
“Ini kerana
objek tersebut untuk memberitahu yang kita memiliki budaya yang hampir sama
dalam kebudayaan masing-masing.
“Ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui pemahaman budaya dapat membentuk perpaduan antara kaum,” katanya ketika ditemui pada 4 Julai 2025.

Mohd Nasrulamizam Mohd Nasir menunjukkan pameran naga di Muzium Perak.
Menurut beliau, sebanyak 40 artifik bermotifkan naga yang dimiliki Muzium Perak dan sebahagiannya dibawa dari Muzium Negara untuk dipamerkan.
Antara koleksi
seperti koleksi naga dari Orang Asli yang dihasilkan pada zaman Mahmeri dan
kepercayaan mereka terhadap naga yang tiada kaitan dengan agama.
“Koleksi gading
gajah berukiran naga yang dihadiahkan kepada Sultan Perak turut dipamerkan di
muzium ini.
“Selain itu
ada meriam kecil berukirkan kepala naga, pakaian 100 tahun bermotifkan naga,
koleksi artifik logam dari Borneo berlatarkan naga, tepak sirih, gong, kacip,
kendi dan banyak lagi,” katanya.
Selain
pameran itu, beliau berkata, pihaknya juga menjalankan aktiviti bicara tentang
naga dalam kepalbagaian dengan memberikan fokas kepada masyarakat Cina dan Melayu.
“Ini
memberikan maklumat baharu kepada masyarakat dan berharap pengunjung dapat
melihat dan memahami apa yang dipamerkan di sini (Muzium Perak).
“Kita menyasarkan hampir 100,000 pelawat sepanjang pameran diadakan dan setakat ini sambutan amat menggalakkan kerana latar masyarakat di Taiping yang memiliki pelbagai budaya.
“Penerimaan masyarakat tempatan penting dan kita harap penerimaan positif dari masyarakat dengan apa yang kita buat,” ujarnya.

Dua pengunjung sedang melihat artifik yang dipamerkan.
Muzium Perak
di Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang
ditubuhkan sejak tahun 1883. Penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh Low, Residen
Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray
Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Muzium Perak
terletak antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu.
Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.
Waktu lawatan ke muzium pada jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk RM2 bagi warganegara, orang tua dan Orang Kelainan Upaya (RM1) dan bukan warganegara RM5. - KitaReporters
