Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital, dengan bangganya mempersembah pertarungan rap battle epik antara semua hidangan enak raya sambil mereka berentap untuk merebut gelaran hidangan raya terbaik tahun 2023 ini.
Sambil rakyat Malaysia menikmati hidangan enak lagi menggiurkan pada musim perayaan ini, Yoodo akan membawakan kepada mereka video muzik (MV) Rap Off Hidangan Raya 2023 yang menampilkan antara rapper terhebat dan terbaik dengan persembahan rap mereka yang berirama lagi bertenaga dan lirik yang panas berapi sambil mereka berentap antara satu sama lain.
“Kami gembira kerana dapat mempersembahkan kepada anda video muzik raya yang panas berapi pada tahun ini, adunan sempurna antara rap dan seloka yang pastinya akan membuatkan anda tersenyum dan membangkitkan selera anda!
"Yoodo sentiasa berusaha untuk menyediakan pilihan yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak peribadi anda. Kami telah menerapkan DNA ceria Yoodo ke dalam rap battle ini dengan memasukkan sedikit kelainan ke dalam hidangan raya kegemaran rakyat Malaysia yang sering diperdebatkan sebagai yang ‘terbaik’ bagi mencetuskan kegembiraan dan gelak tawa di kalangan penonton Melayu kami pada Syawal ini,” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun.
Barisan bintang rapper terhebat yang ditampilkan dalam video muzik ini akan membuatkan anda terpesona dengan susunan lirik yang mantap, dan bait-bait ayat yang panas berapi.
Antara rapper yang bakal ditampilkan ialah Kendrick Lemang, KeTupac Syukur, Nasi Minaj, Post Malontong, Sotorious B.I.G., Dr. Drendang, dan banyak lagi, di mana setiap mereka akan mempersembah gaya unik dan melodi istimewa masing-masing.
Tuck Mun menambah, “Rapper berbakat ini sudah bersedia untuk memberikan persembahan rap bertenaga yang pastinya membuatkan anda teruja sambil mereka menunjukkan kehebatan susunan lirik masing-masing!
"Bakat mereka yang tiada tandingannya, ketangkasan menyusun ayat dan irama bertenaga pastinya akan membawa rap battle ini ke satu tahap yang lebih tinggi.” - KitaReporters/Kenyataan Media