Gaya Hidup 12 May, 2022

Liga Super 2022: JDT hampir lemas di Paroi! Extra time jadi penyelamat! Dapat tewaskan NS 1-0!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



JARINGAN minit terakhir Fernando Forestieri, dalam masa tambahan, membolehkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengutip tiga mata penting dan menghampakan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan yang dilihat seakan-akan mampu mencuri satu mata penting dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi (11 Mei 2022). 

Kemenangan JDT membolehkan mereka mengambil kembali kedudukan teratas saingan Liga Super daripada Negeri Sembilan setelah berehat seketika untuk saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) baru-baru ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super Malaysia


Meskipun gagal mengutip sebarang mata, pujian perlu diberikan kepada pasukan tuan rumah yang berjaya mengekang asakan demi asakan dan hampir mengaibkan juara bertahan dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian K Devan yang turun dalam motivasi tinggi untuk mengekalkan kedudukan teratas liga dan mendapat sokongan padu para penyokong telah mempamerkan permainan yang cukup kemas sehingga berjaya membuat pasukan JDT berhempas pulas untuk mencari jaringan.

Namum kealpaan minit terakhir telah dihukum oleh pasukan JDT, sekali gus memberi kegembiraan pada skuad bimbingan Benjamin Mora.



Negeri Sembilan berpeluang untuk mencatat kemenangan apabila peluang terhidang pada minit terakhir perlawanan gagal dimanfaatkan sebaik mungkin meskipun hanya berdepan dengan penjaga gol JDT. 

Meskipun mempamerkan corak permainan bertahan namun dalam bola sepak itu adalah lumrah dan ia bergantung pada taktikal jurulatih pasukan tersebut ketika hadapi sesebuah pasukan itu. 

Tidak semua perlawanan kita perlu bermain secara bertahan atau menyerang tetapi ia perlu disesuaikan mengikut keadaan pasukan ketika itu. - KitaReporters


15
11
0
11
0
You will be interested

Kerana Cikgu Nazri Othman! 107 warga pendidik daerah Besut turut derma darah! Sempena Hari Guru!

Cikgu Nazri Othman bukan sahaja jadi idola malah pembakar semangat kepada warga pendidik apabila jadi penderma darah terbanyak dalam kalangan guru di Terengganu

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 13 hours ago

Video| Patut kena hempuk! Pejalan kaki hampir dirempuh! Penunggang motosikal langgar lampu merah!

Seorang pejalan kaki sedang melintas tidak diberi peluang melintas oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab lalu dapat reaksi balas pejalan kaki
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 5 hours ago

Video| Sorry naik lori? Kahwin naik lori! Pasangan pengantin diarak naik lori ke majlis kahwin!

Sepasang suami isteri telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka dengan naik lori bawa barang dengan sangat meriah. Dapat pujian daripada netizen
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 5 hours ago

Video| Bertuah M Nasir! Konsert dapat tajaan! Pembeli tiket dapat tawaran hebat! Ada dinaik taraf!

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M Nasir, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Mei 2022 dapat tajaan daripada korporat
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Tarikh kahwin ada! Persiapan 70% siap! Tanda pun dah diberi! Mas Idayu tunggu umum sahaja!

Muhammad Sufian Che Isa bawa rombongan anggota keluarganya dari Pulau Pinang untuk bertemu anggota keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor bagi memberi tanda
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 10 hours ago