Seni & Sukan 27 Apr, 2022

Video| Syabas Inteam! Lagu Suwaru Fil Quran (Surah-surah di dalam Al-Quran)! Sempena Nuzul Quran!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Gandingan dua anggota Zayne iaitu Mateen dan Naufal bersama Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz (kiri) menerusi lagu Suwaru Fil Quran.


PADA 17 Ramadan baru-baru ini, pihak Inteam Digital mengambil inisiatif mengajak orang ramai untuk mengingati Nuzul Al-Quran dengan menerbitkan single terbaharu berjudul Suwaru Fil Quran (Surah-surah di dalam Al-Quran).

Single terbaharu itu menampilkan dua anggota dari kumpulan Zayne iaitu Mateen Yaaqub dan Naufal Azrin serta penampilan istimewa qari dari Inteam Digital iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu nasyid


"Tujuan lagu ini dihasilkan ialah bagi mengajak pendengar menghafal serta mengingati 114 nama-nama surah di dalam Al-Quran sempena Nuzul Quran ini," ujar Ustaz Khairul Anuar.

Bagi Mateen pula, kesempatan bekerjasama dengan Ustaz Khairul Anuar merupakan satu penghormatan kerana secara tidak langsung dapat menimba ilmu.

"Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni, kemudian dirakam semula oleh kumpulan Adikku Sayang, dan kini kami rasa bertuah kerana turut berpeluang menyanyikan lagu zaman kanak-kanak kami ini,” kata Mateen.

Single Suwaru Fil Quran telah dilancarkan di dalam sebuah majlis kesyukuran dan ifthar oleh pihak Inteam Digital yang turut disertai acara penganugerahan selebriti paling tinggi strim digital dan tontonan dalam YouTube di bawah label Inteam Digital kepada Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz selaku penyandang gelaran tersebut.



Single Suwaru Fil Quran dilancarkan oleh Inteam Digital dalam majlis kesyukuran dan iftar, baru-baru ini.


Sementara itu, Naufal berharap lagu Suwaru Fil Quran dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengar dan menonton video muzik di saluran YouTube Inteam Digital. 

"Alhamdulillah, sesi rakaman suara dan penggambaran video muzik bagi lagu ini berjalan lancar dan kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Kini ia boleh didengari di seluruh platform muzik digital dan ditonton di rangkaian YouTube Inteam Digital," tambah Naufal.

Untuk rekod, Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz telah merakamkan 30 juzuk penuh bacaan Al-Quran secara murattal di bawah Inteam Digital beberapa tahun lalu dan rakaman tersebut telah mendapat kelulusan bahagian kawalan dan semakan Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri. - KitaReporters


Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz  (kiri) menerima anugerah daripada pihak Inteam Digital.

13
14
0
15
0
You will be interested