Seni & Sukan 19 Mar, 2021

Video| Satuuu, duaaa, tujuuuu! Memperkenalkan Sepak Raga Tuju! Penganjuran lebih mudah, murah!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

KEDUDUKAN dua regu SRT yang berlawan di gelanggang khasnya. - Kredit foto ZUL.


SATU! Dua! Tujuuu! Masih dengan tiga sentuhan bola dan tiga pemain setiap regu atau pasukan yang berlawan
. Bezanya cuma tiada jaring yang direntang antara mereka dan gelanggang pula ditandakan seperti kotak-kotak

Ada kalanya dalam pertandingannya, diselitkan juga kenduri nasi gulai kawah atas ihsan dan kemurahan hati si penganjur dan penaja sebagai penyuntik kemeriahan dan penggalak kehadiran para peminat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sepak takraw: 

https://kitareporters.com/search?search=sepak+takraw

AKSI hebat antara dua finalis sebuah Kejohanan Sepak Raga Tuju Terbuka Piala Noor Amin Ahmad 2019 di Kangar, Perlis. - Kredit foto FR.



Memperkenal kepada para peminat sukan Malaysia, Sepak Raja Tuju (SRT), yang mirip sepak takraw biasa. 

Ringkasnya SRT, sukan warisan bangsa Melayu ini diubah suai daripada gabungan sepak raga bulatan dan sepak takraw sejak era 1990-an.

Walaupun tanpa rejaman akrobatik seperti sepak takraw, SRT tetap berdaya saing, dinamik dan mengujakan apabila dimainkan dengan bola sintetik, mempunyai 12 lubang dan 20 pertemuan silang tetapi lebih berat iaitu sehingga 195 gram.

Saat keterujaan atau tarikan utama SRT ialah apabila 'rembatan' bola regu yang menyerang itu masih dapat ditangkis regu bertahan yang akan melancarkan serangan balas sehingga menjadikannya rali sehingga beberapa minit selagi bola terus terkawal, tidak batal dan tidak terlontar jauh. 


REMBATAN bola masih dianggap sah dalam undang-undang permainan SRT selagi tidak melebihi paras tertentu anggota badan pemain. - Kredit foto ZUL.


SRT amat popular dalam kalangan negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak yang kerap menganjurkan kejohanan terbuka dengan tawaran hadiah wang tunainya buat juara antara RM500 hingga RM3,000. 

Sepatutnya SRT sudah lama boleh dilobi Malaysia ke Sukan Malaysia (Sukma) mahupun Sukan SEA (Asia Tenggara) untuk dijadikan sukan demonstrasi pada mulanya dan diikuti dengan berpingat.


NOR RIZUWAN ABDULLAH


Seorang pengadil terkenal SRT yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Kedah (Pestak), Nor Rizuwan Abdullah berkata, “kos penganjuran pertandingannya juga jauh lebih rendah dan menjimatkan daripada sepak takraw.

“Sebuah pertandingan SRT yang mirip peringkat kebangsaan biasanya diadakan setiap Disember iaitu Terbuka Langkawi yang mula diperkenalkan pada 2016,” katanya.

SRT katanya, turut pernah dipertandingkan dalam Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (Pesaya) Ke-13 di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Langkawi, Kedah pada 16 Februari 2019 yang dijuarai tuan rumah.

“Kedah menewaskan Perlis 21-14, 21-13 dalam perlawanan akhir namun Pahang yang boleh dianggap muka baharu SRT, mencipta kejutan apabila mengatasi Perak 18-21, 21-8, 15-10 untuk meraih tempat ketiga,” katanya. - KitaReporters



SEBUAH regu SRT antara yang terhandal di utara Semenanjung dan berasal dari Langkawi, Kedah mempamerkan kawalan bola yang mahir. - Kredit foto FR.

5
0
0
1
0
You will be interested