Seni & Sukan 14 Apr, 2022

Video| Apa itu megibung? Tradisi berbuka puasa makan bersama di atas daun pisang! Meriah, seronok!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

DUA wanita ditugaskan menyediakan hidangan di atas daun pisang untuk berbuka puasa. - Kredit foto: ANTARA


LAZIMNYA makan bersama dalam satu bekas dengan keluarga, sahabat handai serta jiran tetangga begitu menyeronokkan dan biasanya dilakukan oleh masyarakat di beberapa negara Timur Tengah sejak dulu lagi.

Namun, budaya makan sedemikian atau megibung turut diamalkan dalam kalangan umat Islam di Bali, Indonesia ketika berbuka puasa di masjid-masjid pada bulan Ramadan.

Berbuka puasa bersama masyarakat setempat dengan makan bersama dalam satu bekas atau di atas daun pisang merupakan tradisi masyarakat Islam di kepulauan itu sepanjang bulan yang mulia sejak turun menurun lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan daun pisang

MEGIBUNG atau makan bersama ketika berbuka puasa di Masjid Baitul Makmur, Denpasar, Bali pada 8 April 2022. - Kredit foto: ANTARA



Baru-baru ini, pada 8 April 2022 lalu, umat Islam di kawasan tersebut telah mengadakan majlis berbuka puasa makan bersama atau megibung di Masjid Baitul Makmur, Denpasar, Bali.

Dipetik detikcom pada 10 April 2022 melaporkan, program makan bersama ketika berbuka puasa itu dapat menyemarakkan suasana beribadat bulan Ramadan 1443 Hijrah selain dapat merapatkan serta menambah kemesraan yang terjalin dalam masyarakat setempat tanpa mengira umur atau kedudukan.

Pada program yang dkatakan menyeronokkan sebab dapat makan bersama itu, beberapa kaum ibu dilantik untuk menyediakan makanan seperti nasi dan lauk di atas daun pisang untuk makan bersama dengan jemaah lain ketika berbuka puasa  di masjid itu.

Sebelum berbuka puasa, para jemaah yang hadir untuk majlis itu akan mengaji al-Quran, berzikir atau melakukan aktiviti keagamaan yang bermanfaat sebelum tiba waktu berbuka puasa.


 

KAUM wanita juga tidak ketinggalan menyertai makan bersama ketika berbuka puasa. - Kredit foto : ANTARA



Sementara itu, seorang penduduk bernama Yusof, berkata tradisi megibung berbuka puasa pada bulan Ramadan itu bertujuan  untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam setempat mahu pun di luar kawasan mereka.

“Makan bersama di atas daun pisang itu beramai-ramai tanpa segan silu itu dapat diterjemahkan ikatan persaudaraan Islam antara mereka sangat murni yang dituntut oleh agama Islam,’’ katanya. 

Menurutnya, tradisi program itu sejak beberapa dekad yang lalu masih dilakukan sehingga kini sebagai tanda umat Islam di kawasan itu bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadan yang suci itu yang sentiasa dinantikan setiap tahun. - KitaReporters


Kredit foto: ANTARA

19
8
0
11
0
You will be interested