"TERKEJUT" memberi definisi berkaitan mangsa mula berasa tersentak atau terbangun dari tidurnya. Ya! Itu adalah definisi umum yang kita sedia tahu dan sinonimnya dikaitkan dengan keadaan tersedar dari lena atau mimpi. Terkejut tidak hanya terbatas dalam keadaan tidur, bahkan dalam keadaan sedar kita juga boleh terkejut. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan melucukan:
https://kitareporters.com/search?search=lucu
Setuju atau tidak, kebiasaannya bila sesorang itu terkejut perkataan selingan seperti carutan dan makian bakal menghiasi kemarahan yang memuncak. Namun kemarahan itu tidaklah begitu lama ia akan kembali sejuk dan tenang apabila kita menyedari bahawa kita sedang terkejut.
Astaghfirullah...
Mana tidaknya tumpuan dan cakna kita terhadap sesuatu perkara atau situasi dimatikan dengan sesuatu yang terganggu.
Bukan orang dewasa sahaja berasa terkejut, anak-anak kecil juga turut sama merasakan itu sekiranya lamunannya dibangunkan dengan bunyi "hah!" atau sebagainya.
Kelihatan seorang lelaki tenang menghirup secangkir air kopi
Ketenangan seorang lelaki berusia 40-an itu dikejutkan dengan letupan mercun menyebabkan kopinya terpelanting keluar dari bekas minuman.
Baru-baru ini tular sebuah rakaman daripada perkongsian pengguna Facebook yang memuat naik video seorang lelaki terkejut selepas terdengar bunyi letupan mercun ketika mahu menghirup secawan kopi.
Apa yang melucukan, kopi yang dihirupnya terpelanting ke udara dan menyebabkan air yang tersisa itu habis tersimbah keluar dari bekasnya dan tidak berbaki.
Sejurus daripada perasaan terkejutnya itu dia lantas menghemburkan kata-kata tidak baik seperti B**I kepada pelaku yang kononnya membaling mercun berhampirannya.
Kedengaran juga suara kanak-kanak kecil yang ketawa riang semacam meraikan kejayaan apabila mercun yang dibalingnya itu berjaya mengejutan lelaki tersebut.
Rakaman itu diselangi gelak tawa rakannya yang merakam kejadian tersebut apabila melihat mangsa terkejut sehingga tidak sempat menghirup minumannya yang sudah dipangkukan ke bibir.
Rata-rata netizen bersimpati dengan lelaki tersebut kerana kopinya tidak sempat diminumnya tercampak ke udara akibat terkejut.
Lebih memalangkan mangsa sekitar 40-an itu adalah sekiranya kopi yang dihirupnya itu masih panas dan terkena muka pasti memungkinkan kulitnya melecur lalu tercedera.
Namun ada pendapat netizen lain pula mengatakan perbuatan itu adalah sesuatu yang olok-olok dan sudah dirancang keadaannya.
"Tidak logik!
"Macam dicampak mercun sebelahnya.
"Maaf! tergelak yang terakhir tu termandi kopi.
"Banyak kali aku ulang, kesian pakcik tu. Maaf saya tergelak sakan tapi bahaya ni kalau kopi tu panas mendidih mahu melecur kulit.
"Tak lawak. Boleh mendatangkan bahaya kalau air kopi tu panas", jelas netizen memberi respon.
Antara respons netizen yang bersimpati.
Terbuka kepada kita untuk mengenal pasti seperti apa dan bagaimana, ikhtibarnya adalah perbuatan sebegitu merupakan perkara yang tidak baik lagi tidak beradab terhadap golongan tua.
Hal-hal sampingan yang tak terduga boleh sahaja menyebabkan komplikasi jantung atau mencederakan orang sekeliling dalam keadaan kita tidak sedar atau separa sedar.
Beringatlah! Ada keadaan yang wajar dan boleh untuk kita berjenaka tapi kalau jenaka kita itu tidak kena pada tempatnya??
Tumpo ler yob! Orang tua kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna.
Teringat pula petikan kata-kata seorang pendakwah dari sebuah program televisyen swasta katanya, 'ngongeng ngongeng juga jangan lupa beramey'.
Hahhh! Hahhh! Opocot mak kau meletop, eh! Terkejut tak, terkejut tak. - KitaReporters