Seni & Sukan 29 Apr, 2021

Berita Terkini| Pelajar tingkatan 4 putus 2 jari tangan kanan! Gara-gara bermain mercun bola!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

MANGSA dipercayai sedang bermain mercun seorang diri di rumahnya pada malam, 26 April 2021. - Kredit foto: Kosmo


SEORANG pelajar tingkatan empat putus dua jari tangan pada kanannya akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang di Kelantan, pada Isnin 26 April 2021 lalu.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan remaja berkenaan putus jari telunjuk dan tengah selain mengalami kecederaan pada tapak tangan.

Seorang jiran memberitahu, mangsa dipercayai sedang bermain mercun seorang diri di rumahnya pada malam tersebut.

“Ketika mangsa sedang memegang mercun bola pada tangan kanan, manakala tangan kirinya memegang pemetik api. Mangsa kemudian mencucuh mercun bola, namun belum sempat melontar mercun itu meletup dalam gengaman tangannya,” kata seorang jirannya yang dipetik oleh Kosmo pada Khamis 29 April 2021.

Keluarga yang menyedari kejadian itu ternampak mangsa menggelupur dalam kesakitan lalu bergegas membawanya ke klinik berhampiran.

Kecederaan parah yang dialami mangsa perlu dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun mangsa kini dilapor berada dalam keadaan stabil di hospital itu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan remaja itu putus jari telunjuk dan tengah selain mengalami kecederaan pada tapak tangan.

 

 

12
12
12
5
4
You will be interested