MAYAT hangus yang ditemukan di kawasan belukar oleh tukang sapu yang sedang melakukan kerja pembersihan di Kampung Padang Air Tepoh, Terengganu. - Kredit foto: Kosmo
SEORANG tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam apabila terserempak dengan mayat yang hangus akibat terbakar dipercayai wanita yang menjadi mangsa pembunuhan di Kampung Padang Air, Tepoh di Terengganu.
Mohd. Hamdan
Abdul Manaf, 32, berkata, mayat berkenaan ditemukan sewaktu sedang melakukan
kerja-kerja pembersihan di tepi Jalan Kuala Terengganu – Kelantan itu pada
pukul 7.15 pagi, Sabtu 17 April 2021.
Kongsinya, ketika sedang menyapu di bahu jalan, dia ternampak kepulan asap yang mengeluarkan bau
kurang menyenangkan daripada belukar bersebelahan terletak kira-kira tiga meter
dari bahu jalan.
“Saya terkejut
apabila objek yang lihat itu menyerupai manusia telah hangus terbakar lebih 90
peratus.
“Hanya
bahagian kaki kanan daripada paras betis yang tidak terbakar pada masa itu,”
katanya yang dipetik oleh Kosmo, Sabtu 17 April 2021.
Mohd. Hamdan
berkata, dia kemudian menghubungi rakannya untuk memastikan yang
terbakar itu benar-benar mayat sebelum memaklumkan penemuan kepada pihak
polis.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md.
Din berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur
Zahirah untuk dibedah siasat. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter