Ayez Shaukat-Fonseka Farid
Tular sebuah video memaparkan seorang anak mat salih yang kelihatan sangat gembira kerana mendapat hadiah tanjak daripada ahli gusti profesional negara Ayez Shaukat-Fonseka Farid.
Kelihatan dalam video tersebut kanak-kanak itu dilihat mendapat tanjak dalam acara Reality of Wrestling yang dipakaikan sendiri oleh Shaukat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemakaian tanjak
Kelihatan pada awal video ini, Shaukat sedang bersalaman dengan pengunjung acara gusti tersebut.
Oleh itu, kelihatan kelihatan kanak-kanak ini memberi hormat kepada penggusti yang berasal daripada Malaysia ini.
Selepas itu dilihat ahli gusti kita memakaikan kanak-kanak mat salih ini dengan tanjak lalu menuju ke arah gelanggang gusti untuk beraksi.
Aksi ini berjaya dirakam oleh jurugambar detik kanak-kanak itu kelihatan sangat gembira memakai tanjak yang direka khas oleh Paul Carling, pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo.
Oleh sebab video ini tular, ramai warga maya berasa bangga dengan beliau yang membawa nama Malaysia melalui sukan gusti ke pentas antarabangsa, bahkan mengembangkan lagi budaya tempatan ke mata dunia. - KitaReporters