Seni & Sukan 11 May, 2021

Berita Terkini| 800kg beras, pulut Siam ditemukan di tepi sungai dirampas! Diseludup dari Thai

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

800 kilogram (kg) beras Siam dan beras pulut siam dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi sungai di pangkalan haram Kuala Nat, Kuala Jambu di Tumpat, Kelantan. Kredit foto: Sinar Harian.


PASUKAN Gerakan Am (PGA) menemukan 800 kilogram (kg) beras Siam dan beras pulut Siam dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi sungai di pangkalan haram Kuala Nat, Kuala Jambu di Tumpat, Kelantan.

Beras dianggarkan bernilai RM4,400 itu dirampas dalam Operasi Benteng pada jam 7.45 malam Isnin, 10 Mei 2021.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa penugasan sempadan Malaysia-Thailand (Kelantan), pasukan rondaan melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai kawasan pangkalan haram Kuala Nat, Kuala Jambu.

“Anggota membuat pemeriksaan dan mendapati tiada pemandu. Pemeriksaan juga menemukan barangan kontraban iaitu 800kg beras Siam yang dipercayai diseludup dari negara Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu pada Selasa, 11 Mei.

Hasil siasatan awal mendapati beras itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di Malaysia.

"Semua barangan rampasan termasuk kereta dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSBPN) 1994. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
1
0
You will be interested