Seni & Sukan 24 Dec, 2020

Hanya budak sekolah rendah! Dibyanshi ada 5,000 kotak mancis

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

DIBYANSHI belum berpeluang melancong ke negara luar. Tetapi murid sekolah Kelas 3 (Darjah 3) dari Bhubaneswar, Odisha, India itu sudah mengumpul lebih 5,000 kotak mancis dari beberapa negara luar. Ketika kanak-kanak sekolah mempunyai hobi lain seperti mengumpul setem, membaca, melukis dan pelbagai lagi, Dibyanshi memilih untuk mengumpul kotak mancis, kebanyakannya pemberian bapanya serta saudara mara yang ke luar negara. : KitaReporters


DIBYANSHI menunjukkan sebahagian daripada koleksi 5,000 kotak mancis miliknya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hobi:

https://kitareporters.com/search?search=hobi


Dia selalu berpesan kepada saudara maranya untuk membawa pulang kotak mancis dari tempat di mana mereka melancong dan memberikan kepadanya apabila kembali. Pelbagai bentuk dan ukiran kotak mancis diberi untuk koleksi gadis kecil itu.

Antaranya kotak mancis ini adalah dari Nepal, Poland, Bhutan, Jepun dan Bangadesh, yang Dibyanshi sendiri masih belum pernah sampai.

Memetik laporan Timenownews.com, Dibyanshi menanam minat mengumpul kotak mancis atas inspirasi daripada bapanya, seorang jurugambar hidupan liar.

Dalam tugasnya, bapanya mengembara ke banyak tempat dan membawa pulang kotak mancis dari tempat di mana dia mengambil gambar. Dibyanshi mengumpul kotak mancis tersebut untuk koleksinya.


IBU bapa Dibyanshi turut membantunya menyimpan kotak mancis koleksinya.


Kotak-kotak mancis ini, termasuk yang diberi oleh saudara maranya, disusun atur menurut pelbagai tema seperti yang dipaparkan pada kotak mancis berkenaan.

Kebanyakan kotak manis ini memang mempunyai seni reka yang unik dan menarik. Dibyanshi mengasingkan kotak-kotak tersebut berdasarkan tema seperti burung, bunga dan pengangkutan.

Koleksinya sentiasa bertambah kerana apabila saudara atau kawan-kawannya pergi ke luar negara, mereka pulang dengan membawa kotak mancis untuk diberikan kepadanya.

Ibu bapanya turut membantunya menyusun, menyimpan dan menjaga koleksi 5,000 kotak mancisnya yang disimpan dalam bekas plastik.  

Menurut ibu Dibyanshi, Gopa Mohanty, anaknya mengumpul kotak mancis sejak tiga tahun lalu. 

Minat anaknya mula tercetus apabila bapanya pulang dari tugas luar negara dan membawa bersamanya kotak mancis untuk diberikan kepada seorang kawan. Kotak tersebut mempunyai seni lukis yang sangat menarik. 

Dibyanshi meminta kebenaran bapanya untuk menyimpan kotak tersebut. Permintaanya dipenuhi dan bermulalah hobi mengumpul kotak mancis.


DIBYANSHI menyimpan dan mengkelaskan kotak mancisnya berdasarkan tema, seperti bunga (kiri) dan pengangkutan. - Kredit foto Timesnownews.com.


Kini Dibyanshi boleh berbangga kerana walaupun dia hanya seorang murid sekolah rendah tetapi sudah mempunyai begitu banyak koleksi kotak mancis dalam tempoh tiga tahun.

Pastinya dalam masa beberapa tahun koleksinya akan bertambah, malah mungkin menjadikan dia pengumpul kotak mancis terkenal suatu ketika nanti.

Untuk rekod, Odisha atau nama lamanya Orissa, di mana Dibyanshi dan keluarganya tinggal, adalah salah satu negeri di India dan terletak ke arah timur benua kecil itu. Ia merupakan negeri ke-8 terbesar berdasarkan keluasan kawasan dan ke-11 terbesar berdasarkan jumlah penduduk.  - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested