Mungkin sudah ramai yang tahu pelakon dan pengacara popular, Neelofa sudah pun mengambil keputusan untuk memakai niqab. Langkah Neelofa itu mendapat pujian dan sokongan ramai. Namun, bukan kisah Neelofa yang mahu diceritakan di sini sebaliknya kisah pelakon dan pengarah, Khir Rahman atau nama penuhnya Khairulizam Abdul Rahman. : KitaReporters
Motor Harley Davidson warna kuning ini diberi nama JASZ sempena nama isteri Khir Rahman.
Lagi cerita-cerita berkaitan Neelofa:
https://kitareporters.com/search?search=neelofa
Bersangkut paut juga dengan kisah Neelofa, Khir mendedahkan dalam media sosial sesuatu yang membuatkan orang ramai terkejut. Apakah ceritanya, jom kita lihat!
Menurut Khir, kisah berkaitan dengan Neelofa itu sudah lama dipendamnya. Namun, belum sempat dia dedahkan, isterinya iaitu Siti Jasmina Ibrahim terlebih dahulu berbuat demikian.
Bagi yang belum mengetahui, Siti Jasmina merupakan penulis novel dan skrip terkenal.
Menurut bapa kepada dua orang anak ini, dengan pendedahan oleh isterinya, pasti ramai yang tahu kenapa dia menamakan motor berkuasa besarnya (SBK) dengan nama seakan-akan Neelofa.
Tak ramai isteri yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti mana Siti Jasmina lakukan.
“Lama saya nak cerita dan kongsi perkara ini, namun
akhirnya isteri saya sendiri yang buat pengakuan.
“Maka kini tahulah kalian akan sebab mengapa saya namakan SBK saya #LOF4. Ia kerana @neelofa lah satu-satunya wanita yang isteri saya reda untuk bersama kami.
“Dan ini bukan kerana penampilan baharu Lofa, namun
gerak hatinya itu sejak dari awal perkahwinan kami. Isteri saya percaya malah
cemburu dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada Lofa.
“Sekian dululah, malu pun ya juga ni. Saya kini ada
motor Harley Davidson kuning. Saya sayang isteri saya, maka yang ini saya
namakan #JASZ, iaitu singkatan daripada nama penuhnya Siti Jasmina Ibrahim.
“Subhanallah. Tahniah buat Neelofa. Jangan risau, saya sedar dan kenal diri saya,” tulisnya.
Pasti anda mahu tahu apa yang ditulis sepenuhnya oleh Siti Jasmina berkenaan hal tersebut.
Menurut Siti Jasmina, dia pernah memberitahu kepada suaminya iaitu Khir, dia sanggup bermadu dengan Neelofa sekiranya itu yang ditakdirkan.
“Masya-Allah. Indah kurniaan Allah SWT. Apabila
beliau (Neelofa) ada dalam industri seni, saya secara peribadi percaya dengan
kekuatan dan perjalanan wanita indah ini akan lalui.
“Sehingga saya pernah beritahu suami, kalau mahu beristeri seorang lagi, Neelofa lah. Suami saya ketawa dan sangka cakap isteri yang sengaja menyukarkan suaminya (sedangkan saya mahu biarlah wanita itu lebih segala-galanya daripada saya. Bukan kurang atau sama).
“Ahli keluarga saya sendiri tahu saya hargai setiap
pilihan wanita ini. Dan hari ini air mata kesyukuran melihat beliau kuat dan
melakukan keindahan ini.
“Saya tidaklah obses atau mengatakan beliau sesempurnanya, namun mendoakan kesempurnaan buat beliau dan semua wanita lain termasuk saya setiap masa, itu yang pastinya. Alhamdulilllah. Tahniah @neelofa,” dedahnya.
Menurut Khir, pada hari kejadian iaitu ketika
isterinya memberitahu hal tersebut, pada mulanya dia ingatkan itu hanyalah
perlian.
“Ketawa sebab saya anggap dia perli. Mencabar-cabar.
Rupa-rupanya dia maksudkan sampai saya berhentikan kereta di bahu jalan masa tu,”
jelas Khir.
Sementara itu, pendedahan yang dibuat oleh Khir Rahman
itu mendapat respons daripada netizen malah teman artis sendiri juga turut
meninggalkan komen.
“Saya pernah dengar cerita ni,” tulis Shuib Sepahtu.
“Terbaiklah,” ujar Pekin pula.
Dalam banyak ucapan tahniah kepada Neelofa kerana memakai niqab, rasanya inilah ‘ucapan tahniah’ yang paling ‘win’!
Apa tidaknya orang lain hanya ucapan tahniah yang biasa-biasa sahaja, tetapi ucapan tahniah Khir Rahman dan isteri lain macam! Luar biasa sangat! - KitaReporters