Gaya 26 Oct, 2020

Basmi nyamuk aedes! Gotong royong Perkumpulan Wanita Lipis!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

MASYARAKAT di negara ini kini masih berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang lagi belum berpenghujung. Walau bagaimanapun, fenomena ancaman wabak halimunan itu dilaporkan tanpa kumulatif baharu di Pahang yang menunjukkan masih rendah di negeri ini. : KitaReporters 


Kredit foto: FB Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


Lagi cerita-cerita berkaitan Pahang:

https://kitareporters.com/search?search=pahang


Sebelum ini, cuma terdapat kes kecil yang aktif, iaitu 2 kes di Temerloh, masing-masing di Kuantan dan Jerantut satu kes pada 25 Oktober 2020. 

Tetapi, Jabatan Kesihatan Pahang menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook sering melaporkan juga terdapat kes demam denggi yang membahayakan penduduk di beberapa daerah, lantaran itu mengingatkan penduduk supaya mematuhi amalan penjagaan kesihatan termasuk kerjasama menghapuskan nyamuk aedes.


Ingatan Jabatan Kesihatan mengenai segera mendapatkan rawatan berkaitan dengan demam denggi - Kredit foto: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


Muafakat membawa berkat. 

Berasaskan kebenaran ini, seramai 40 orang ahli Perkumpulan Wanita (WI) telah mengadakan gotong-royong di kawasan tapak pekan sehari di Kampung Bukit Betong, Lipis pada Ahad, 25 Oktober 2020 lalu.

Program kemasyarakatan itu juga mendapat kerjasama dan bantuan logistik daripada Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Bukit Betong bertujuan untuk membersihkan tapak pekan sehari di situ yang menjadi longgokan sampah dan semak samun menjalar berikutan pemberhentian sementara operasi jualan selepas bermula ancaman COVID-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 lalu.


Sebahagian ahli Perkumpulan Wanita (WI) Kampung Bukit Betong, Lipis yang menyertai program gotong-royong membersihkan persekitaran pekan sehari kampung tersebut. - Kredit foto:  JKKK Bukit Betong


MASELAH ABU BAKAR


Pengerusi WI Bukit Betong, Maselah Abu Bakar berkata, ahli berkenaan bertanggungjawab serta endah terhadap penjagaan kebersihan lalu bersepakat bergotong-royong membersihkan sampah sarap dan semak samun di sekitar kawasan tapak niaga yang sudah ditutup sementara sejak bermula ancaman pandemik COVID-19.

"Sempena cuti hujung minggu ini, kita beramai-ramai membersihkan kawasan ini dipenuhi sampah sarap dan semak samun yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan hidupan lain dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sini," katanya.

Maselah menambah, program gotong-royong itu antara usaha kesedaran dalam kalangan ahli WI dan penduduk setempat mematuhi saranan serta nasihat kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Pahang untuk menghapuskan nyamuk aedes antara punca penyakit demam denggi khususnya di kawasan luar bandar.


MARWAIDA ABU BAKAR


Sementara itu, peniaga kedai makanan, Marwaida Abu Bakar berkata, sebagai penduduk dia yang juga ahli perkumpulan itu turut cakna dengan kebersihan dan keceriaan di situ sepanjang masa khususnya berwaspada ketika berdepan fenomena pandemik COVID-19 serta penyakit berjangkit lain.

"Tugas saya bukan hanya mencari rezeki berniaga secara kecil-kecilan, tetapi sebagai ahli komuniti dan WI patut bekerjasama dalam apa juga tugas kemasyarakatan seperti bergotong-royong keceriaan kampung ini.

"Lagipun kekerapan menjalankan aktiviti kemasyarakatan pada hujung minggu bersama ahli WI dan JKKK dapat mengeratkan hubungan malahan senada dengan pesanan orang-orang tua 'muafakat membawa berkat'," katanya.


Ahli Perkumpulan Wanita (WI) Kampung Bukit Betong sedang bergotong-royong membersihkan kawasan perniagaan di tapak pekan sehari kampung tersebut pada 25 Oktober 2020.


BADRA ISA ABDUL HAMID


Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, program anjuran WI itu sangat tepat dan disokong oleh pentadbiran kampung itu dengan menyediakan peralatan tertentu termasuk pembabitan orang lelaki bagi memudahkan serta meringankan kerja ahli perkumpulan itu.

Katanya, keadaan pekan sehari itu agak kotor dengan sampah-sarap dan semak samun setelah operasi perniagaan makanan dan hasil pertanian penduduk diberhentikan sementara berikutan ancaman pandemik COVID-19 walaupun cuma terdapat sebilangan kecil peniaga makanan pada waktu pagi untuk menambah pendapatan.

"Program ini sering diadakan pada peringkat kampung sebelum ini juga melibatkan lokasi kemudahan awam lain dengan kerjasama jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi jaminan kebersihan dan keceriaan kampung dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes dan hidupan lain pembawa penyakit.

"Inilah pendekatan yang relevan untuk menjaga kebersihan tempat tinggal dan premis jualan kampung ini daripada ancaman demam denggi selain itu kita tetap berwaspada dengan mematuhi amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19," ujarnya. - KitaReporters


Pemandangan kawasan tapak pekan sehari Kampung Bukit Betong, Lipis kembali ceria selepas dibersihkan sempena program gotong-royong ahli Perkumpulan Wanita (WI) serta Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung berkenaan. - Kredit foto: Badra Isa Abdul Hamid

You will be interested

Masa kecil comot dan kotor! Kini dinobat Miss Vietnam 2020!

Do Thi Ha, berusia 19 tahun yang dilahirkan di wilayah Thanh Hoa, berasal daripada keluarga petani. Sering bantu ibu bapanya yang bekerja kampung dan jaga lembu

Zuhayati Yazid in Gaya 2 days ago

Video| Anugerah MeleTOP 2020 lakar sejarah! Format 4K UHD!

Setelah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang sepatutnya pada 21 April 2020 tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, ia kini akan diadakan pada 20 Disember 2020
Fariza Saidin in Gaya 10 hours ago

Khalifah budaya bangsa! Dendang Anak martabat budaya Melayu!

Kumpulan Dendang Anak ditubuhkan di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu pada 1997. Aktif buat persembahan untuk ketengahkan muzik etnik nusantara dan budaya Melayu
Rosdi Ismail in Gaya 11 hours ago

Video| Siti Nurhaliza hamil 4 bulan! Kepingin seorang putera

Siti Nurhaliza Tarudin umum sah hamil anak kedua hasil daripada kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). "Seronok kalau dapat sepasang, jadi doakan," katanya
Fariza Saidin in Gaya 1 day ago

Video| Muss kembali menyengat! Pukau pentas episod ke-8 GV7!

Kerana dapat lagu rock iaitu Seragam Hitam nyanyian kumpulan Kristal, bekas penyanyi kumpulan May, Muss mengawal pentas dengan baik dengan gaya rock tersendiri
Fauzan Uda Ahmad in Gaya 2 days ago