Seni & Sukan 30 Jan, 2022

Pantaulah telefon anak! Baru darjah dua dah bercinta! Terkejut baca mesej cinta dengan kekasih!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


ZAMAN sekarang seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun sudah mempunyai telefon pintar dek kerana peredaran zaman yang semakin moden membuatkan ibu bapa perlu membelikan anak mereka telefon pintar.

Namun, terdapat kelebihan dan kekurangan jika seorang kanak-kanak menggunakan telefon seawal usia yang muda. Ibu bapa sangat memainkan peranan penting untuk memantau anak-anak mereka sejak dari kecil lagi.

Tular perkongsian seorang guru, Suziana Basa dalam Facebook, berkongsi beberapa foto perbualan murid darjah dua yang bermanja dengan kekasihnya dalam WhatsApp.



Oleh sebab kejadian ini, ia telah membuka mata guru ini untuk memantau telefon anaknya sendiri

Katanya, ini adalah budak semasa kelas dalam talian yang diam dan tidak aktif. Tetapi dilihat rancak pula dalam grup WhatsApp single&taken.

Daripada foto tersebut, kanak-kanak ini dilihat bersembang dengan kekasihnya dengan mesra,  namun tidak sesuai dengan usianya yang masih muda untuk bercinta.

Pada masa yang sama, guru ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berwaspada dan memerhati setiap gerak-geri anak sendiri.



Guru ini menceritakan dia sedih dengan nasib murid-murid zaman sekarang dan tujuan asal berkongsi mesej tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.

"Tujuan pos ini bukanlah untuk memalukan anak tersebut tetapi semasa saya membaca semua mesej personal dan group pelajar tersebut, hati saya hancur.

Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak untuk memudahkan proses PDPR. Tapi kita lupa/lalai untuk terus memantau . Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone? Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya kebanyakan."

Guru ini turut akui pemberian gajet kepada anak-anak secara tidak langsung dapat memudahkan urusan ibu bapa dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.



Semoga anak-anak kita dilindungi dari perkara-perkara yang tidak elok dan dijauhkan daripada perkara tidak baik. - KitaReporters


19
14
0
19
0
You will be interested