Seni & Sukan 06 Feb, 2022

Video| Tradisi lumba perahu kembali! Festival Perahu Panjang! 286 peserta, 11 pasukan berentap!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


Penduduk setempat memberi sambutan meriah kepada festival perahu panjang di Sungai Nerus, Manir.


PENGANJURAN Festival Perahu Panjang yang berlangsung di Sungai Nerus, Manir, Kuala Terengganu bukan sahaja menguji ketahanan peserta menghadapi cabaran, malah ia mampamerkan semangat kerjasama berpasukan dalam pertandingan tersebut. 

Festival dua hari bermula 4 Februari dan berakhir 5 Februari 2022 lalu juga merapatkan hubungan penduduk setempat yang turut memeriahkan festival tradisional yang diadakan di Kampung Tanjung Sabtu, Manir serta beberapa kampung sekitar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perahu

Sebahagian remaja yang menyertai festival perahu panjang di Sungai Nerus, Manir, Terengganu



Ia program tahunan yang diadakan setiap tahun sejak berpuluh-puluh tahun lalu dalam usaha memupuk budaya masyarakat Terengganu, tradisi lumba perahu kini diperkenalkan semula oleh Kelab Belia Lubuk Aji kepada golongan muda dan dewasa

Program ini telah menarik peminat dalam kalangan golongan remaja dan dewasa, sekali gus mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung bersama kepemimpinan setempat.


Pasukan Petai Bubus muncul juara pertandingan. 


Pengarah Program, Mohd Azfar Ali berkata, program tersebut telah menarik peminat dan sambutan yang sangat menggalakkan.

Menurutnya, program sebegini diharap dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam memelihara tradisi lumba perahu, warisan zaman berzaman demi generasi seterusnya.

“Penganjuran program seperti ini memberi kebaikan dalam mengekalkan tradisi kita sebagai rakyat Terengganu di samping mengeratkan hubungan antara penduduk kampung yang lain.


Naib Juara Pasukan Tanjung Sabtu Briged 1


Dalam pertandingan lumba perahu tersebut, pasukan dari Kampung Petai Bubus muncul juara dengan mendapat hadiah wang tunai RM1,500, kedua Tanjung Sabtu Briged 1 mendapat hadiah RM1,000 dan ketiga pasukan Kampung Buluh Gading membawa pulang wang tunai RM700.

Pertandingan tersebut disertai 286 peserta dengan 11 pasukan dengan setiap pasukan disertai 26 pendayung.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang Omar Adam menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya. - KitaReporters


Tempat ketiga Pasukan Kampung Buluh Gading.

14
15
2
12
0
You will be interested