Seni & Sukan 06 May, 2020

Tak boleh bersalam! Usah sedih! Boleh salam secara digital!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa baru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memungkinkan kita bersedih kerana tidak dapat keluar sebebas dulu untuk membeli kad ucapan, melakukan ziarah dan bertemu saudara-mara atau kenalan terutama menjelang Syawal nanti. Tapi rakyat Malaysia ni kreatif kerana #KitaJagaKita dan #KitaAdaCara. : KitaReporters

Pengurus Rich Moment Photo Sdn Bhd, Nurul Ain Ghazali bersama Koleksi Kad Digital Raya yang boleh dipilih oleh pengguna.


Ramadan yang kini memasuki minggu kedua pastinya wujud kerinduan untuk bergambar di dalam studio dengan pakaian sedondon atau kenangan gambar lama untuk diabadikan dalam bentuk poster atau kad digital sebagai penganti diri menjadi impian kita.

Setiap tahun kedainya menjadi tumpuan untuk rakaman foto raya.


Jangan bimbang kerana usahawan dan alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berpengalaman dengan kerja-kerja pengendalian gambar konvokesyen dan istana akan membantu untuk menghubungkan dengan insan tersayang, sahabat dan ahli keluarga melalui kad digital yang boleh disampaikan melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Sentuhan reka bentuk kad raya digital yang dihasilkan oleh stafnya.


Pengguna boleh memilih lebih 50 reka bentuk yang telah tersedia untuk dimasukkan gambar untuk dijadikan kad digital nanti.

Mereka yang berminat hanya perlu mengirim gambar dan maklumat untuk diletakkan di dalam kad itu kepada Rich Moment Photo atau menghubungi talian 01151235424 dan 066771512 untuk keterangan lanjut.

Moga tempahan ini akan membantu staf yang kehilangan pendapatan akibat PKP dan wabak Covid-19 nanti. - KitaReporters

Suasana studio Rich Moment Photo Sdn Bhd.

3
0
0
0
1
You will be interested