BARU-BARU ini isu Jakel begitu hangat diperdebatkan oleh netizen dalam media sosial ekoran adik pengasas Jakel, Muzzafar Jakel telah membuat satu posting dalam Insta story miliknya yang didakwa telah menghina orang Melayu. Dan kini, nama Jakel kembali 'panas' dalam medsos. : KitaReporters
isu posting oleh Muzzafar ini telah menyebabkan sebilangan besar rakyat marah dengan apa yang diperkatakan itu.
Lantaran itu, warganet telah melancarkan kempen boikot produk Jakel.
Kalau netizen dah mula buat kempen, memang kesan dia boleh menangis tambah-tambah kalau melibatkan perniagaan.
Jadi kepada para perniaga, harus ingat, kuasa viral begitu hebat!!
Ia boleh buat anda untung! Ia juga boleh buat perniagaan anda merosot seketika!!!
Buktinya, Jakel telah mengadakan jualan harga junam. Ya ini memang betul-betul terjunam terus.
Perhh, boleh je sebenarnya jual baju dengan harga murah!!
Ok baiklah kali ini Jakel sekali lagi terpalit dengan kontroversi!!
Kali ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan struktur khemah Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Rabu, 13 Mei 2020.
Kredit foto: FB MBSA
Pihak MBSA mendakwa Jakel tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan selain khemah tersebut tidak selamat dan boleh mengundang bahaya.
Menjengah pada ruang komen, seperti biasa, netizen telah memberi pendapat masing-masing mengikut 'kepakaran' mereka.
Ada yang menyatakan bahawa khemah ini telah berada di situ bertahun-tahun lamanya, ada juga yang berkata mereka ini menggunakan elekrik secara tidak sah.
Malah ada juga yang mendakwa kes ini melibatkan unsur salah laku dari segi undang-undang termasuk dakwaan ada unsur 'rasuah' dan 'sogokan'.
Kepada pihak Jakel, ini betul-betul dugaan bagi Jakel tahun ini.
Jika anda di pihak benar, tenang, kebenaran pasti akan datang. - KitaReporters