Seni & Sukan 23 Jun, 2021

Stadium penuh punca Perancis seri! Dah hilang tabiat bermain dalam stadium penuh - Griezmann!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


KITA boleh lihat pelbagai alasan daripada pemain atau jurulatih sesebuah pasukan itu jika pasukan tidak dapat keputusan yang baik dan persoalan dia apakah alasan yang diberikan itu boleh diterima atau sekadar nak tutup prestasi buruk dalam perlawanan itu? 

Itulah yang diperkatakan oleh penyerang Perancis, Antoine Griezmann yang memberi alasan bahawa stadium penuh dengan penyokong punca pasukan beliau gagal meneruskan rentak kemenangan, sekali gus menempah tiket ke pusingan seeterusnya lebih awal. 

'Come on' Perancis, kata bakal julang piala tetapi baru sorokan penyokong saja sudah longlai... ehehehehe. Takkan sudah panik. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak




Kata Griezmann (gambar atas), disebabkan sudah lama tidak bermain dalam keadaan dipenuhi penonton dan sebab itu ia memberi kesukaran kepada pasukan Perancis untuk mempamerkan aksi sebenar

“Kami telah hilang tabiat bermain di stadium yang penuh. Jadi kami terpaksa membayar harga tersebut. Ini pentas Eropah, kita semua tahu, banyak pasukan hebat dan pemain pemain hebat, walaupun berhadapan Hungary, tetap perlawanan yang sukar,” katanya yang petik daripada laporan ESPN

Malah Greizmann akui perlawanan bertemu Hungary sememangnya amat sukar namun dapat tetap fokus untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan perjalanan mereka di Euro 2020 kali ini tidak terhenti setakat peringkat kumpulan sahaja. 



Dalam perlawanan kedua antara Hungary bertemu Perancis, pasukan kerdil ini hampir memalukan gergasi Eropah apabila Attila Fiola (gambar atas) berjaya meletakan pasukannya di hadapan, namun Antoine Greizmann berjaya memadam kelebihan tersebut sekali gus berkongsi satu mata. 

Pujian diberikan kepada penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi yang beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut serta berjaya menyelamatkan percubaan bahaya dari seranggan Perancis. 

Mencatat keputusan seri sudah pasti sangat membanggakan bagi pasukan kerdil ini dan boleh dianggap ia satu kemenangan untuk mereka. 



Perancis ketika ini masih mendahului kumpuan G dengan 4 mata dan kesemua pasukan masih ada peluang. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti bakal menyaksikan pasukan mana yang bakal layak.

Bagi pasukan Hungary yang hadir dengan reputasi pasukan 'underdog' dalam kumpulan F bukan alasan untuk mereka mempamerkan permainan yang terbaik malah perlawanan pertama ketika bertemu Portugal sebelum hampir juga mencatat keputusan positif tetapi jaringan itu tidak disahkan. - KitaReporters


0
0
0
5
0
You will be interested