Gaya Hidup 10 Nov, 2020

Malique Ibrahim kembali! Sudah tidak mahu Dipinggirkan lagi?

@fariza saidin
First Editor of HAI Magazine, Jourmalist for WANITA Magazine of Utusan Group of Companies. Asst Chief Sub Utusan Malaysia, Journalist cum Blogger @ CCKakFasonline

Share this

PERNAHKAH anda rasa hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia? Maklumlah walau pun rambut sama hitam, sebagai manusia seseorang hamba Allah itu tidak dapat lari daripada merasai pelbagai cubaan. Inilah yang mahu dikongsikan oleh penyanyi Malique Ibrahim melalui single terbaharunya, ‘Dipinggirkan’. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan 

Sudah lama sebenarnya kita tidak dengar karya terbaharu penyanyi rap dan komposer tersohor ini yang bukan calang-calang orangnya.

Sejak muncul di persada seni pada tahun 1998, Malique Ibrahim, 43, atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim yang lebih popular disapa Malique atau Malique Too Phat (ketika menganggotai kumpulan duo Too Phat bersama Joe Flizzow dulu), menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre hip hop dalam arena muzik tempatan.

Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre hip hop dalam muzik arus perdana Malaysia malah hampir 22 tahun bergelumang dalam industri seni, kematangan Malique berkarya tidak boleh disangkalkan lagi.

Berfalsafah menerusi lagu dengan gaya bahasa yang tinggi, Malique mempelopori gaya muzik hip hop bercita rasa tempatan yang disebut sebagai ritma atas puisi. 

Diangkat peminat sebagai naskhah kesusasteraan Melayu moden, karya nukilan Malique sering menjadi perhatian pencinta seni dan dinanti-nantikan kemunculannya.

Jadi dengan kemunculan hasil nukilan terbaharunya ‘Dipinggirkan’ yang bakal dilancarkan pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari, 20 November 2020 ini, dapatlah peminat Malique melepaskan rasa rindu mendengar suaranya.



‘Dipinggirkan' berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. 

Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baru sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.

Apakah lagu ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan Malique yang pernah dilaporkan merajuk dengan industri begitu lama sehingga aktif di belakang tabir sahaja melalui syarikat rakamannya sendiri, Qarma Muzik.

Terakhir, pada tahun 2016, beliau menghasilkan LP tebaru berjudul  ‘TKO: Pejamkan Mata' yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 serta memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.


Video muzik 'Pejamkan Mata' ini mendapat lebih 7 juta tontonan ketika dimuat naik dalam YouTube Warnar Music pada 2017.


Kemunculannya kembali adalah ketika lagu ciptaannya ‘Pejamkan Mata’ bersama Dayang Nurfaizah dipersembahkan pada Anugerah Meletop Era 2017, tetapi pun bukan Malique yang kelihatan semasa persembahan namun ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara live selepas 10 tahun lamanya.

Begitulah  yang dilaporkan mengenai ‘kehilangan’ seketika ayah kepada empat cahaya mata dan suami kepada pelakon dan personaliti tv, Melissa Maureen Rizal, 40, yang dikahwini pada 8 Ogos 2008 di Bali, Indonesia ini.


Throwback... gambar perkahwinan Malique bersama Melissa. Turut bersama rakannya, Joe Flizzow (kiri).

Dan sekembalinya dengan single terbaharunya ‘Dipinggirkan’  apakah ia petanda penyanyi berasal Johor Bahru ini sudah tidak mahu meminggirkan dirinya lagi?

Kita tunggu jawapan Malique kelak ya apabila singlenya dilancarkan pada 20 November 2020 ini sebab bagi Malique prinsipnya mahu orang ramai menghargai karyanya daripada diri dan keluarganya.

Korang percaya tak dia satu-satunya artis yang tidak aktif dalam  laman sosial media waima menjengah seketika  mencari Instagramnya, namanya memang tertera tetapi cuma mempunyai 169 pengikut dengan hanya 3 pos di muat naik tanpa mengikuti laman orang lain.

Pelik tapi benar. Janganlah pinggirkan diri ya Malique sebab peminat rindukan awak! - KitaReporters


You will be interested

Kurang tepat, membebankan! SAM mahu SOP kepada media buat liputan bola sepak dikaji semula!

SAM rayu beberapa peraturan kepada media untuk buat liputan pertandingan bola sepak dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat, agak membebankan dan mengarut

PKPP di Terengganu mulai 5 Mac 2021: Aktiviti keagamaan di masjid, surau dibenar diperluaskan

Penganjuran aktiviti agama di masjid, surau seluruh Terengganu akan dibenarkan susulan daripada pelaksanaan PKPP yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 5 Mac 2021
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 3 days ago

Pengantin lelaki dihumban keluar dari rumah tingkat dua! Sebab tak mampu sedia hantaran mahal!

Bakal pengantin lelaki alami cedera patah tulang selepas dicampak keluar lalu tingkap dari tingkat dua bangunan kediaman di Mesir oleh ahli keluarga tunangnya
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 4 days ago

Pak Mat Serunding teruskan resipi arwah ibu! Kini sibuk dengan kedatangan Ramadan, hari raya!

Mohamed Ismail atau Pak Mat Serunding dari Kampung Laut, Tumpat semakin sibuk dengan kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan. Turut hasilkan serunding arnab
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 5 days ago

Video| Erul Samah 'Tak Bisa' tolak imej K-Pop! Cipta single terbaharu lebih hebat, bertenaga!

Erul Samah cipta lagu Tak Bisa bagi kembali hangatkan industri muzik setelah hampir dua tahun menyepi. Masih dengan imej K-Pop dengan fokus kepada kekuatan lagu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 days ago