Seni & Sukan 23 Feb, 2022

Video| Tahniah bayi-bayi 22.2.22! Kaka Azraff, Aurel Hermansyah, Ernie Zakri dan Jamal Abdillah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

HARI ini, Selasa, 22.2.22 (22 Februari 2022), beberapa insan seni menyambut kelahiran bayi baharu pada tarikh yang cukup istimewa ini. 

Selepas penyanyi Kaka Azraff melahirkan anak keduanya pada awal pagi, ini diikuti penyanyi Aurel Hermansyah di Jakarta, Ernie Zakri pada jam 10.14 pagi dan seorang lagi bayi selebriti lahir pada tarikh yang cukup istimewa pada 22.02.2022 ini.

Penyanyi yang juga digelar raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, 62, menyambut cahaya mata kelima yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani pada jam 2.27 petang.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peristiwa kelahiran




Iskandar Rayyan Yamani dilahir secara pembedahan di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Menerusi mesej kiriman WhatsApp, Jamal berkata, bayi lelakinya dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram, lebar 52 sentimeter dan lilitan kepala 33 sentimeter.

Jamal turut memuatkan wajah bayinya dan meazankannya dalam Instagramnya.

"Assalammualaikum.. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh .. amin. Alhamdulillah, selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua," tulis Jamal dalam Instagramnya.


Jamal azankan anaknya. Dari IG jamalabdillahofficials



Menurut Jamal, si bayi dalam keadaan sihat. Begitu juga isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin

Jamal turut mengucap terima kasih kepada rakan-rakan artis dan para peminat yang memberi ucapan tahniah atas kelahiran bayi baharunya itu.

Zai Izzati sepatutnya bersalin secara normal pada 28 Februari 2022. Namun Jamal minta tarikh itu dipercepat kerana inginkan tarikh cantik.


Dua anaknya bersama Zai Izzati yang dinikahi pada 1 April 2017, juga dilahir pada tarikh cantik. Anak pertamanya, Nur Azura Yamani, kini berusia tiga tahun, lahir pada 10.10.2019 manakala anak kedua, El Isaac Yamani atau Zack, 2, pula lahir pada 11.11.2020.

Jamal juga memiliki dua anak hasil perkahwinan lalu iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16. Jamal akan genap berusia 63 tahun pada 7 Mei 2022 ini, namun masih sihat zahir dan batin. - KitaReporters


20
16
0
13
0
You will be interested