Seni & Sukan 03 Oct, 2020

Jom tengok wayang! Ada wayang free di Paragon Cinemas KTCC!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

DAH tengok wayang? Khusus untuk orang Ganu Kite, inilah masanya untuk layan filem sampai ‘lebam’. Jangan lupa dapatkan tiket wayang percuma dari 29 September hingga 7 Oktober 2020 ini sempena pembukaan Paragon Cinemas di Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Pelbagai filem menarik menanti anda. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan filem:

https://kitareporters.com/search?search=filem


Terletak di Aras 2, KTCC Mall, orang ramai bukan sahaja berpeluang menonton wayang secara percuma mengikut cita rasa masing-masing samada filem tempatan atau antarabangsa tetapi juga turut menerima kudapan cukup sinonim sewaktu berada dalam pawangan iaitu popcorn.

Antara filem terpilih ditayangkan ialah cerita-cerita menarik tahun sebelum ini seperti  KL Special Force, Makmum, Spiderman Far From Home, Jumanji, Captain Marvel, Aladdin serta BoBoiBoy Movie 2

‘Tepuk dada, tanya selera’.

Setiap pelanggan boleh menebus tiket percuma maksimum empat keping tiket untuk setiap borang tuntutan dan ditebus pada hari yang sama dengan hari tayangan di kaunter pawangan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.


Risalah promosi berhubung tayangan filem percuma di Paragon Cinemas KTCC Mall, Kuala Terengganu. 


Menjengah ke laman sosial ‘Facebook’, ada antara mereka yang telah pergi menonton tayangan percuma ditawarkan  di Paragon Cinemas KTCC turut berkongsi pengalaman mereka berada dalam pawangan yang antara terbesar di Pantai Timur.

Pemilik akaun Facebook, Nazri Tafh berkongsi pengalamannya menonton wayang di Paragon Cinemas di KTCC Mall


Pemilik akaun Facebook, Nazri Tafh dalam satu hantaran dalam ruangan komen memaklumkan dalam loghat Terengganu, ‘"Tengok doh petang tadi, Oklah. Tempat cantik, sound sistem pun best."

Bagi Nur Janah Bedul, 28, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dia yang secara kebetulan ke KTCC atas tujuan berkaitan telefon bimbit, tidak lepaskan peluang untuk terus menebus tiket percuma yang ditawarkan.

“Saya ke KTCC pada 30 September sekitar jam 3.30 petang dan terlihat promosi berkaitan tayangan filem percuma jadi saya tidak lepaskan peluang. Ikut kehendak anak-anak, kami pilih menyaksikan filem BoboiBoy Movie 2.

“Walaupun filem ditayangkan secara percuma ini bukanlah yang terbaharu tetapi bagi saya ia bukan soalnya. Seakan tidak percaya di Terengganu kini ada pawangan yang cukup selesa dan kali terakhir menonton wayang sebelum ini sekitar dua tahun lalu.

“Mungkin bagi sesetengah individu pula, kewangan terhad untuk membawa semua ahli keluarga menonton wayang sekali gus, namun dengan adanya tayangan percuma sempena pembukaan Paragon Cinemas ini mereka kini berpeluang rasai sendiri pengalaman,” katanya kepada Mojo KitaReporters.

Nor Janah Bedul dan anak-anaknya tidak ketinggalan bergambar di hadapan Paragon Cinemas di KTCC Mall selepas menonton tayangan filem percuma. 


Sementara itu, untuk maklumat, pembukaan Paragon Cinemas di KTCC Mall yang mempunyai 10 dewan tayangan ini sekali gus menjadikan ia pawangan ketiga di Terengganu selepas TGV Cinema Mesra Mall di Kemaman dan LFC Cinema di Paya Bunga Square, di Kuala Terengganu.

Malah, outlet Parogon yang keempat di seluruh Malaysia ini juga merupakan pawagan patuh syariah ketiga di Malaysia selain bersifat mesra Orang Kurang Upaya (OKU) kerana menyediakan tempat duduk khas bagi golongan istimewa berkenaan. - KitaReporters 

Kata-kata  pesanan memenuhi ruangan dinding sebagai ingatan kepada pengunjung khususnya beragama Islam agar sentiasa patuhi syariat.  - Kredit gambar: Facebook Kakimuvee

1
0
0
0
1
You will be interested