Seni & Sukan 15 Sep, 2020

Percaya! Bahiyya Haneesa ajak wanita berjuang! #SisRedahje!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Kumpulan Bahiyya Haneesa mungkin tidaklah sepopular nama penyanyi berkumpulan wanita seperti De Fam ketika ini namun mereka terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya dan tentu sekali sebuah kumpulan yang boleh digelarkan sebagai ‘beauty with brain’. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Dan lebih membanggakan mereka mewakili suara wanita dalam perjuangan memartabatkan pemerkasaan golongan ‘Hawa’ melalui lagu ‘Percaya’. Percaya tak? 

“Sesuai dengan tajuk lagu itu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita diluar sana untuk percaya pada diri sendiri, percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini. Kita semua tahu tiada apa yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan usaha. Dan bila gagal, jangan pernah sekali pun kita putus asa,” demikian laungan mereka kepada semua yang bergelar ‘wanita’. 

“Jadikanlah kegagalan itu penguat semangat untuk kita terus bergerak ke hadapan dan berjaya. Paling penting, wanita perlu memberi sokongan antara satu sama lain. Wanita adalah inspirasi dan semua wanita layak dihargai tanpa mengira siapa pun mereka,” tambah Bahiyya Haneesa.


Dianggotai Afi, Bella, Bonn, Fatin, Nina, Syasya, Suha & Wafa, mereka pada asalnya tampil sebagai sebuah kumpulan nasyid tetapi beralih ke muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap.

Kini, Bahiyya Haneesa merupakan contoh terbaik sebagai kumpulan acapella pertama di Malaysia yang mendapat populariti dalam masa yang singkat.

Sehingga kini mereka telah mencapai 827,000 pengikut dalam Youtube dan 146,000 pengikut dalam Instagram. 

Video cover  ‘Solo’ oleh mereka (nyanyian asal, Jennie Blackpink) dalam Youtube mendapat 11 juta tontonan dan merupakan video cover yang tertinggi mereka setekat ini.  


Terbaharu, melalui ‘Percaya’, Bahiyya Haneesa yakin mesej dari lagu tersebut yang mengajak wanita di luar sana supaya sedar bahawa segala impian mampu dicapai jika percaya terhadap diri sendiri.

Menurut salah seorang anggotanya Bonn, setiap wanita tidak mengira latar belakang layak untuk mencapai kehidupan yang mereka impikan sekiranya bekerja keras.

Memang betul tu waima pada era abad ke-21 ini, aspek pemerkasaan wanita dalam kehidupan sejagat perlu berterusan tanpa perlu wujud lagi perasaan tertindas kan?

Demi mencungkil idea untuk lagu yang penuh jiwa sebegini tentunya bukan mudah dan hal itu diakui Bahiyya Haneesa sendiri. 

“Sebenarnya agak lama untuk kami jumpa lagu yang betul-betul paling tepat. Kami diberi beberapa demo oleh beberapa komposer yang berkualiti tetapi lagu ‘Percaya’ benar-benar berjaya menambat hati kami. 

“Kami juga banyak membuat rujukan beberapa lagu pemerkasaan wanita yang ada dan cuba sesuaikan dengan jiwa dan karakter kami. Lebih kurang tiga bulan juga kami ambil masa untuk menyiapkan lagu ini," tambah Bahiyya Haneesa.

Ekoran itu, mereka berharap sangat berharap semua pendengar di luar sana akan sukakan Percaya dan menjadikan lagu ini sebagai pembakar semangat mahupun pembangkit mood dalam kehidupan seharian.


“Untuk rakaman Percaya, kali ini agak mencabar kerana lebih banyak pembahagian suara dan harmoni yang kami perlu lakukan. Kami menghabiskan lebih kurang 18 jam dalam studio untuk memastikan ia betul-betul sempurna dan semua orang berpuas hati dengan lagu ini,” kenang kumpulan acapella serba berbakat ini.

Sesuai dengan tema wanita sebagai inspirasi, lagu edaran Sony Music ini turut menjadi lagu kempen ‘SISREDAHJE’ yang dianjurkan oleh Safi Shayla, pakar rambut untuk wanita berhijab

Safi Shayla bukan sahaja bertujuan menyerlahkan keyakinan wanita berhijab, tetapi pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka. 

Kempen Cabaran video ‘SISREDAHJE’ yang berlangsung bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, pengguna Safi Shayla berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000. 

Setiap penyertaan hanya perlu membuat video kreatif menggunakan produk Safi Shayla, kemudian memuat naik dalam Tiktok dengan menggunakan lagu kempen ‘SISREDAHJE’ dan sertakan hashtag #SISREDAHJE. 

Tidak ketinggalan juga, Sesi bertemu peminat bersama Bahiyya Hanessa secara online dalam pautan tertutup. 

Untuk menyertai, peminat perlu membeli produk Safi Shayla, menghantar butiran termasuk resit pembelian, nama penuh, dan nombor kad pengenalan ke nombor 016-6259239 sebelum diberikan pas eksklusif.  Layari http://safi.com.my/sisredahje untuk info lanjut.

‘Percaya’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify. Youtube & Youtube Music. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested