Seni & Sukan 16 Sep, 2020

Beri cincin: Syazwan lamar Wan Sharmila? Video sumpah sweet!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Nama Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila mula menjadi bualan orang ramai setelah lakonan mereka di dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya mencuri hati para peminat. Nak ada sambungan ke?? 7 Hari Mencintaiku 3 pulak?? : KitaReporters


Syazwan yang memegang watak Helmi, manakala Wan Sharmila atau nama penuhnya Wan Sharmila Wan Muhamed pula sebagai Sofi menjadi suami isteri dilihat 'sweet' dalam drama itu dan ada peminat yang berharap mereka ini benar-benar bercinta di dunia sebenar.

Dua-dua kan masih solo, cantik dah tu. Sama cantik sama padan!!

Dalam perkembangan terbaharu, Syazwan mengambil tindakan berani apabila memberi sebentuk cincin kepada Wan Sharmila dalam Instagram Live beliau. 

Fuhh berani beb!!

Adakah ini satu 'hint' yang jelas lagi nyata untuk membuka langkah seterus???



Biarpun cincin itu hanya sekadar untuk memujuk kembali Wan Sharmila dek kerana marahkan Syazwan, namun boleh disimpulkan ia sebagai mesej 'double meaning' atau 'ada udang di sebalik batu'

Wan Sharmila mesti dah faham tu apa maksud Syazwan kan? 

Jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang pula. Tak pasai-pasai kita single sama-sama. Ehh!!!


Dah tonton video di atas? 

Mesti ketawa seorang-seorangkan. Haish penulis pun berasa bersemut je kat telefon ini. Sweet sangat. Bila kita nak dating pula. Ehh tiba.

Jika perasan, reaksi Wan Sharmila juga kelihatan terkejut apabila membuka hadiah yang diberikan oleh Syazwan ketika itu. 


Persoalannya di sini, apakah ini satu petanda awal mereka kini sedang dilamun cinta? 

Jika benar, penulis doakan yang terbaik untuk mereka. Memang sesuai sangat, bagai pinang dibelah dua. - KitaReporters

39
3
2
3
4
You will be interested