Gaya Hidup 12 Feb, 2021

Kelas Digital SPM Mahir Tutor percuma Planetmahir! Bagi anak frontliners Kementerian Kesihatan

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


Rentetan kepada penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda negara sekarang, Planet Mahir Sdn Bhd, sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, dengan ini menawarkan langganan percuma bagi Kelas Digital Mahir Tutor kepada semua anak frontliners (barisan hadapan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 22 Februari ini.

Ini adalah sebagai sumbangan kami kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus berjuang, tidak kenal penat dan lelah untuk memastikan kita terpelihara daripada wabak virus yang berbahaya ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelajaran online:

https://kitareporters.com/search?search=pembelajaran+online



Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anak-anak frontliners kita membuat ulang kaji pembelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Mahir Tutor merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand (VOD) oleh Planetmahir khas untuk calon SPM. 

Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. 

Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa. 

Anak-anak frontliners bolehlah ke laman web kami dia planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuma ini, atau hubungi kami melalui talian 011 2354 3133. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested

Video| Selepas jumpa punk dan kupu-kupu malam, temu banduan! Ustaz Ebit masuk penjara Jakarta pula!

Ebit Lew lakukan ziarah ke sebuah penjara di Jakarta dan adakan tazkirah dengan penghuninya. Juga beri beberapa hadiah kepada penghuni termasuk ayam goreng KFC

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUNĀ  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Kerja 1 jam? Pembaca berita jawab dakwaan! 1 jam itu siaran sahaja! Belakang tabir berjam-jam!

Gelagat pembaca berita jawab persoalan sama ada pekerjaan mereka itu hanya perlukan khidmat tempoh bekerja satu jam mengikut jumlah waktu siaran menjadi tular
Fitri Hazim in Gaya Hidup 15 hours ago

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 21 hours ago