Seni & Sukan 18 Nov, 2021

Video| Warga terpaksa usung keranda harungi sungai untuk kebumikan jenazah! Sebab tiada jambatan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

WARGA desa bergotong royong mengusung keranda di dalam sungai untuk dihantar jenazah dikebumikan di tanah perkuburan pada 13 November 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


TANPA mengira waktu banjir atau pun musim kemarau, apabila berlaku kematian di perkampungan mereka, warga di sebuah kampung pedalaman di Pidie, Wilayah Aceh terpaksa mengusung keranda mengharungi sebatang  sungai sejauh 30 meter untuk mengkebumikan jenazah di tanah perkuburan.

Warga terbabit di Gampong Pulo Mesjid II, Kecamatan Tangse, Pidie terpaksa bergotong royong mengusung jenazah setiap kali ada kematian di kampung mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu melalui Sungai Krueng Inong itu akibat tiada jambatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wilayah Aceh

BERGOTONG royong mengusung keranda merentasi sungai untuk kebumikan jenazah sejak berpuluh-puluh tahun lalu di Desa Gampong Pulo Mesjid II, Pidie, Wilayah Aceh. - Kredit foto: Tribunnews.com


Keadaan ini amat membimbangkan mereka kerana apabila berlaku kematian pada musim banjir dalam kalangan warga di situ, mereka terpaksa juga membawa keranda jenazah merentasi sungai tersebut yang airnya deras sedalam pinggang orang dewasa.

‘’Warga desa di sini  sudah biasa mengusung keranda merempuh air di sungai itu, tetapi ada kalanya ia membimbangkan kami jika berlaku kematian pada musim hujan.


SEBAHAGIAN warga yang mengiringi jenazah. - Kredit foto: Tribunnews.com



"Kalaulah pada musim kemarau ia tidak merisaukan kami kerana air di sungai itu cetek dan arusnya tidak deras,’’ kata seorang pemimpin masyarakat setempat Gampong Pulo Mesjid 11, Syahril kepada Serambi.News pada 14 November 2021 lalu.

Syahril memberitahu, keadaan paras  air semakin mendalam jika terjadi pada musim hujan menyebabkan warga desa itu terpaksa berhati-hati mengusung keranda mengharungi air sungai yang deras dan melimpah.


Kredit foto: Tribunnews.com


‘’Ketika cuaca buruk itu, warga yang terbabit dengan kematian terpaksa membuat pagar untuk menghalang air deras dan jika mereka tidak berbuat demikian warga yang membawa jenazah mungkin akan terseret oleh arus Sungai Krueng Inong,’’ ujarnya.

Menurutnya, pengebumian jenazah warga yang meninggal biasa dilakukan pada waktu siang sahaja di tanah perkuburan tersebut yang terletak berdekatan dengan sungai.


Kredit foto: Tribunnews.com


Ini kerana, katanya, jika dikebumikan mayat pada waktu malam sudah tentu menimbulkan pelbagai masalah dalam keadaan cuaca yang gelap itu.

Syahril berkata, sebelum ini pihaknya sudah beberapa kali meminta dengan pihak pemerintah untuk membina sebuah jambatan di Sungai Krueng Inong untuk kemudahan urusan pengurusan pengebumian jenazah warga. 

Namun sehingga kini jambatan yang diharapkan oleh warga desa itu belum berhasil lagi. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com


20
13
0
10
0
You will be interested