Gaya Hidup 26 Nov, 2021

Makan dan minum dilarang! VIP pun tak boleh! Final Piala Malaysia hanya ditonton 20,000 sahaja!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ)bakal tuan rumah perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 pada 30 November 2021. - Kredit foto: AK


TIDAK dibenarkan makan dan minum oleh kalangan penonton mahupun tetamu kenamaan (VIP) di kotak korporat pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2021 pada 30 November 2021 di dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Larangan keras ini diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 25 November 2021 berikutan permohonan mendapatkan kebenarannya ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Piala Malaysia


STUART Ramalingam (kanan) pada majlis pelancaran Set Kenang-kenangan Edisi Terhad Jongkong Emas 100 Tahun Piala Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Kredit foto: MFL


Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, turut ditolak ialah permohonan untuk menambah kehadiran penonton melebihi syarat MKN, 50 peratus daripada muatan sebenar stadium itu atau 20,000 orang (yang mana lebih rendah).

Laman sesawang MFL pada 25 November 2021 memaklumkan, keputusan kedua-dua larangan itu telah dimaklumkan kepada MFL oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 25 November 2021.

“Melalui surat kepada MFL itu, KBS telah membentangkan permohonan tersebut bagi pertimbangan Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Bilangan 8 Tahun 2021 pada 16 November 2021.

“Dan memutuskan semua aktiviti makan dan minum dalam kalangan penonton atau penyokong termasuk dalam kotak korporat, tidak dibenarkan," katanya


MELAKA United FC (kiri) terikat 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC dalam separuh akhir pertama di ibu kota. Hang Tuah mahu menamatkan penantian 100 tahun manakala Si Helang, 32 tahun untuk mara ke final Piala Malaysia. - Kredit foto: KLC


Malah, bukan sekadar itu, jumlah kehadiran penonton juga kekal seperti ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) Am Sektor Sukan dan Rekreasi di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 iaitu 50 peratus tempat duduk stadium atau 20,000 orang (yang mana lebih rendah).

“Ketetapan ini turut mengambil kira penilaian risiko semasa dan KBS akan memaklumkan MFL sekiranya terdapat perubahan dari semasa ke semasa,” kata Stuart.

Susulan keputusan berkenaan, MFL dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang untuk menyediakan satu tapak khas bagi penjaja kenderaan saji (food truck) di pekarangan Stadium Nasional untuk memudahkan penonton makan dan minum sebelum memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.


JDT FC (kiri) turut mengikat Terengganu FC 1-1 di Gong Badak, 22 November 2021 lalu, bakal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenanginya pada 2019, sekali gus kejuaraan kedua musim 2021 selepas Liga Super. - Kredit foto: TFC


“MFL akur dengan keputusan MKN ini dan kami mendengar keluhan penonton yang berharap agar mereka dibenarkan makan dan minum di dalam stadium.

“Namun dengan larangan ini, pihak MFL akan berusaha untuk menyediakan kemudahan makan dan minum di luar stadium sebelum penonton masuk menonton perlawanan akhir,” katanya.

Empat pasukan yang masih berjuang bagi slot final Piala Malaysia 2021 ialah Johor Darul Ta'zim (JDT) FC, Terengganu FC, Melaka United FC dan Kuala Lumpur City FC. 

Kesemuanya terikat 1-1 dalam separuh akhir pertama 22 November 2021 di Gong Badak dan ibu negara namun kelebihan berpihak kepada JDT FC dan Melaka United kerana mendahului menerusi peraturan gol di tempat lawan.


TERENGGANU FC dikompaun RM10,000 kerana tindak-tanduk para penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Kredit foto: TFC


Dalam perkembangan lain, MFL dan Terengganu FC masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana didapati gagal memastikan penonton mematuhi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna ketika separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 pada 22 November 2021.

Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 oleh penganjur Piala Malaysia, MFL dan kelab berkenaan selaku tuan rumah perlawanan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam dalam laman sesawang MFL.

Kenyataan media oleh jabatan itu terdahulu menyebut, dua kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Peraturan 16 P.U (A) 293/2021, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.  - KitaReporters


USIA pertandingan Piala Malaysia sudah mencecah 100 tahun jika mengambil kira ketika masih bernama Piala HMS Malaya. - Kredit foto: MFL

8
14
0
7
0
You will be interested

Video| Biar betul! Jemaah haji bawa joran ke Mekah! Polis terpaksa rampas kerana tiada keperluan!

Polis Surabaya berkata, pihaknya tahan seorang bakal jemaah haji di Indonesia kerana didapati bawa joran (pancing) ke Mekah semasa periksa barangan jemaah haji

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 18 hours ago

Video| Ambil iktibar daripada filem Mat Kilau! Pertahan tamadun negara bangsa! - Sultan Selangor

Sultan Selangor bertitah supaya pemimpin dan rakyat ambil pengajaran daripada kisah pahlawan Mat Kilau untuk pertahankan tamadun negara bangsa daripada runtuh
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 13 hours ago