Seni & Sukan 03 Jul, 2020

Percayalah! Aku tak panas baran! Aku suka melawak - Sharnaaz

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

SEGALA kebaikan yang pernah kita lakukan akan terpadam dengan hanya sekali kesilapan, kerana itulah lumrah kehidupan. Orang lebih mengingati kesilapan atau kesalahan kita berbanding kebaikan yang pernah dilakukan. : KitaReporters.

Sharnaaz pada majlis pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Danau Kota bersama Shuib.


Seperti Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, kalau sebut sahaja namanya, pasti orang akan label beliau sebagai pelakon panas baran.

Pada hal, kata Sharnaaz, beliau adalah seorang yang gemar melawak.

Menjawab pertanyaan tentang video beliau bertekak dengan Shuib Sepahtu baru-baru ini, Sharnaaz berkata, itu bukanlah gimik tapi kejadian sebenar.

Kami memang selalu bergaduh. Bagi saya perkara itu normal dalam bisnes

"Kalau dalam bisnes, macam mana sekalipun mesti bergaduh. Saya sendiri tak sangka pula yang Shuib boleh muat naik. Bagi saya mungkin dia rasa benda itu sebagai promosi tapi yang terjejas saya.

“Saya kata padanya, Shuib kau tak boleh macam ni. Kau marah kat aku pun tak bolehlah buat begini, tapi dia pun dah minta maaf. 

"Mungkin orang anggap itu sebagai gimik tapi saya yang teruk kena bahan.

“Alhamdulillah sebab orang pun dah kenal saya macam mana. Tetapi bila orang masih cap saya sebagai panas baran lagi, sedangkan sekarang dah 2020, saya rasa pelik la. 

"Aku nak buat macam mana tah nak bagi tau yang aku ni tak panas baran. Last sekali kan, mampus pi kat hampa la,” katanya berseloroh.

Sharnaaz mengaku sedia mendengar teguran orang tapi biarlah dengan cara yang betul.


Jelas Sharnaaz, sejak ada anak, Jebat Jayden Ahmad, sikap panas barannya sudah berkurangan. Namun jangan ada pihak yang sengaja nak menduga tahap kesabarannya.

“Saya boleh hilang sabar kalau orang sentuh anak saya. Mudah saja, saya ni pantang kena pijak, itu je. Saya boleh ditegur tapi biarlah kena dengan caranya.

“Nak tegur ada cara, nak berkomunikasi ada cara dan tata hormatnya. 

"Saya tak tau la, mungkin tahap marah saya tu, orang dah cap sebagai panas baran. Setiap manusia atas muka bumi ini ada sikap panas baran tapi tahapnya berbeza.

Sempat bergambar dengan Jebat di hadapan kedai sebelum premis itu beroperasi, 2 Julai lalu.


 “Saya sebenarnya suka melawak tapi kadang-kadang orang dah nampak saya ni berlakon jahat dan saya punya kes-kes pun jahat semua, so orang akan nampak benda itu. 

"Orang tak tahu sebenarnya saya ni suka buat lawak. Tapi itulah orang tak nampak,” katanya.

Secara lahiriah, kita nampak Sharnaaz kasar tapi sebenarnya beliau berjiwa lembut

Kata Sharnaaz, beliau akan menjadi resah gelisah kalau dalam tempoh beberapa jam tidak bertemu dengan Jebat.

“Sejak diberi peluang bertemu dengan Jebat, sehari pun saya tidak pernah gagal untuk berjumpa dengannya. Saya akan berjumpa dengan anak pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

“Tiap kali jumpa, saya akan luangkan masa kira-kira satu atau dua jam. Saya dah biasa dengan rutin begitu. 

"Mula-mula macam pelik, tapi lama kelamaan, sudah menjadi kebiasaan. Sebab kalau saya tak jumpa Jebat lebih daripada lima jam, saya pula rasa tak betul.

“Masa saya shooting, dia tak bangun lagi masa saya keluar, jadi saya akan buat video call. Jebat ni kalau tak ada maknya, dia okey. Kalau mak dia ada kat situ, saya tak diendahkan langsung. 

"Tapi kalau mak dia tak ada, barulah dia akan manja dengan kita. Dia memang anak mak,” cerita Sharnaaz tentang gelagat anak kesayangannya itu.

Hanya Jebat Jayden Ahmad saja yang boleh buat hati Sharnaaz tenang. Kredit foto: IG Sharnaaz


Sementara itu, Sharnaaz berkata, beliau memilih untuk membuka kedai minuman Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, kerana percaya dengan jenama tersebut.

“Saya pilih untuk buka bisnes ni sebab saya percaya dengan brand itu sendiri. Kalau saya tak percaya brand itu, saya tak berani buka. 

"Ikut perancangan nak buka kedai ni pada 1 Mei atau hujung April. 

“Sekarang ini saya masih mencari beberapa peluang untuk buat joint venture (usaha sama) bisnes makanan pula. Sebenarnya, saya dah ada lapan bisnes tapi kebanyakannya jahanam.

“Yang masih bertahan sehingga sekarang adalah construction, cleaning service dan Mamu Barista Coffee

"Gim saya dah jual setahun lalu sebab tak boleh mendatangkan keuntungan dan saya menanggung sengsara, jalan terbaik saya jual la,” katanya yang tak serik berniaga. - KitaReporters.

Antara perniagaan yang masih dijalankan oleh Sharnaaz hingga kini iaitu Mamu Barista Coffee.


2
0
0
0
0
You will be interested