Seni & Sukan 15 Dec, 2021

Video| Kek bukan sebarang kek! Atuk hias kek guna tulisan jawi! Sangat kreatif! Sangat cantik!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SELALUNYA kita tengok sendiri banyak sangat design kek yang sangat kreatif sehingga jadi sayang untuk dimakan. Namun berbeza dengan seorang atuk ini yang membuat piping kek dengan tulisan jawi.

Bayangkan nak tulis ayat biasa menggunakan piping pun agak susah, ini kan pula jawi. Video atuk ini menulis dalam jawi telah tular dalam TikTok. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kek


Video yang berdurasi 2 minit ini memaparkan atuk itu sedang membuat piping kek yang sangat cantik .Tulisan jawi yang ditulis di atas kek ini adalah doa-doa harian. 

Dari tontonan video ini, kelihatan tulisannya sangat kemas dan cantik.

Bukan itu sahaja, pemilik video turut memuat naik video yang memaparkan kerajinan atuknya selain daripada menghias kek.

Melalui TikTok Aisha ini juga, dia ada memuat naik video lain yang memaparkan kerajinan atoknya itu selain daripada boleh menghias kek. 

Atoknya yang dahulunya seorang guru itu juga boleh memasak, berkebun, dan mahir membuat parang.



Dalam ruangan komen pula, ramai yang terpegun dengan hasil tangan atok ini yang penuh seni dan kreatif itu. Ramai juga yang mendoakan agar atok diberi kesihatan yang baik.

Hebat sungguh atuk ini kan, semoga murah rezeki dan panjang umur. - KitaReporters


13
13
0
8
0
You will be interested