Seni & Sukan 19 Mar, 2022

Video| Panas! Lucah? Zul Ariffin padam video! Promosi drama bersiri Perempuan Itu! Teguran pedas!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Antara adegan panas dalam IG zulariffin yang sempat ditangkap layar oleh sejumlah netizen

Video yang mulanya dimuat naik pada pagi Jumaat. 9 Mac 2022 sehingga jam 9 malam sudah mencecah 800,000 tontonan dan lebih 12,000 komen.


ENGGAN terus menerima teguran pedas daripada sejumlah netizen, pelakon Zul Ariffin, 35, yang dianggap  salah seorang  pelakon idaman Malaya memadamkan sebuah video panas dan kontroversi dari akaun Instagramnya, yang mempunyai seramai 2.8 juta pengikut, pada pagi Sabtu, 19 Mac 2022. 

Namun video itu dapat dimuat naik ramai pengikut dan dimuat dalam beberapa media sosial lain

Video memperlihatkan pelakon 35 tahun itu mendukung pelakon baharu Siti Hariesa dari depan. Ia dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Lagi cerita-cerita menarik



Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan Siti Hariesa menyuap ‘whipped cream’ pada mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah filem lucah. Ada juga yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem ‘50 Shades of Grey’ yang terkenal dengan aksi lucah.



Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan aksi yang dipercayai petikan drama baharu lakonannya berjudul ‘Perempuan Itu’ arahan Erma Fatimah.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila drama itu difahamkan bakal ditayangkan di TV3 pada Ramadan ini.


Netizen beranggapan cara Zul mempromosi drama bersiri yang bakal ditayang sepanjang Ramadan tidak sesuai.

Ada yang menganggap Zul tidak wajar melakonkan watak sedemikian kerana difahamkan dia kini sudah mula mendekati kegiatan agama.

Malah, nama Zul Ariffin kini trending dalam Twitter gara-gara aksi tersebut.



Zul yang nama asalnya, Zulkifli Ariffin, enggan menjawap panggilan dan mesej WhatsApp daripada pihak media.

Drama 30 episod, ‘Perempuan Itu’ dijangka ‘trending' apabila mengemukakan beberapa pelakon popular seperti Mimi Lana, Zul Ariffin, Siti Hariesa, Erysha Emyra, Elfriena A, Eman Manan dan Amar Asyraf.

Malah lebih sensasi apabila turut memperkenalkan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli sebagai pelakon. - KitaReporters

Zul Ariffin dan Mimi Lana dalam drama 30 episod 'Perempuan Itu'.

16
10
0
17
0
You will be interested