Seni & Sukan 03 Dec, 2021

Video| Ini macam pun ada! Tular wanita basuh tangan dalam tren! Kurang sopan, tak berdisiplin!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PENGGUNAAN pengangkutan awam di Malaysia sudah cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memudahkan urusan mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak ke mana-mana sahaja dengan mudah.

Kita semua tahu, bagi anda yang menaiki pengangkutan awam, makan dan minum sama sekali tidak dibenarkan kerana anda bakal dikenakan denda. Namun masih ada rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab

Tular baru-baru ini sebuah video dalam TikTok memaparkan perangai tak senonoh seorang penumpang di dalam tren MRT yang dilihat membasuh tangan di dalam mod pengangkutan awam itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tren


Video ini telah mendapat perhatian RapidKL dengan kapsyen yang meminta jasa baik penumpang yang lain agar tidak meniru aksi yang dilakukan oleh wanita tersebut.

“Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini 🙏🏻” – Rapid KL"

Video ini telah meraih banyak komen yang negatif daripada warga maya dengan tindakan wanita ini yang dilihat membasuh tangan begitu sahaja menggunakan botol air.




Bukan itu sahaja, turut ada komen yang mengatakan bahawa wanita tersebut sepatutnya dikenakan tindakan kerana disifatkan sebagai tidak berdisiplin dengan berbuat sebegitu sehingga mengganggu keselesaan orang lain.

Ingat semua kita tak boleh macam ini kerana ramai lagi orang yang menggunakan pengangkutan awam, bukan kita sahaja. 

Jagalah perkhidmatan awam yang disediakan bagi memudahkan kehidupan rakyat Malaysia. - KitaReporters


13
7
0
11
0
You will be interested