Kecoh Tauke Jambu dikata berkahwin lagi yang dikatakan diuruskan oleh pasangan pengantinnya yang dikenali sebagai Shu. Wanita muda itu mengaku memang berkahwin dengan pelawak terkenal itu.
Sementara Tauke sebelum ini ada mengaku berkahwin di sebuah masjid dan isterinya Nadia mengetahui perkara itu. Akibat pengakuan Tauke itu membuat ramai yang beranggapan Tauke sudah berkahwin lagi dan Nadia kini hidup bermadu.
Namun akhirnya, bagi meredakan ketegangan itu, Shu, wanita yang menjadi pengantin dalam TikTok yang tersebar itu dilaporkan membuat pengumuman.
Shu dilaporkan mengaku bahawa majlis pernikahan itu berlangsung di sebuah masjid. Bagaimanapun menurutnya, pernikahan itu hanya merupakan adegan untuk sebuah video iklan.
Menurut Shu, video iklan itu sepatutnya hendak dimuat naik dalam laman sosial mereka.
"Perkongsian TikTok yang viral bukan daripada saya. Orang lain yang post video letak kapsyen seakan-akan saya dah Tauke berkahwin.
"Saya rasa tak ada masalah pun untuk kami buat video iklan berbentuk perkahwinan dan ia bukan satu gimik yang dirancang. Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu dalam laman sosial.
"Tapi ada orang lain yang berkongsi video sehingga menimbulkan salah faham.
"Orang yang yang memuat naik video berserta kapsyen yang mengelirukan itu di luar kawalan saya," demikian kata Shu.