Seni & Sukan 02 Dec, 2021

Video| Gadis cantik tak malu jual kambing! Teruskan legasi keluarga! Walaupun dah miliki ijazah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Candra Dwi Ferbian mendapat untung sekitar RM30 setiap ekor kambing yang dijual. - Kredit foto: Tribun News


MENJALANI kehidupan sebagai mahasiswa di universiti adalah saat paling indah dalam kehidupan apa tidaknya, saat itu hanya perlu memfokuskan kepada soal pengajian semata-mata.

Namun berbeza dengan seorang mahasiwa dari Universiri Indraprasta, Jakarta yang tidak reti berehat di rumah semasa cuti semester di universiti.

Sebagai seorang pelajar universiti, gadis berusia 21 tahun ini sanggup menolong orang tuanya yang menjual ternakan seperti kambing di pasar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kerajinan


Candra mempunyai daya tarikan tersendiri untuk memikat pembeli. - Kredit foto: Tribun News


Walaupun dilahirkan sebagai wanita namun ia tidak membataskan gadis bernama Candra Dwi Ferbian ini yang merupakan pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Indonesia, semester 7, Universiti Indraprasta, Jakarta bagi melakukan kerja-kerja kuat untuk membantu keluarganya. 

Kongsi wanita cantik itu, dia mula mengikuti bapa yang berniaga ketika COVID-19 melanda dunia menyebabkan dia terpaksa pulang ke kampungnya di Wonogiri, Jawa Tengah dan mengikuti kuliah secara dalam talian.

Masa yang banyak terluang menyebabkan dia membantu bapanya berniaga lembu dan kambing di pasar berhampiran rumahnya.

Candra memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjual kambing dan biri-biri, malah setiap hari dia berjaya menjual lima hingga tujuh ekor kambing.

Setiap seekor dia mendapat untung sebanyak Rp100 ribu (kira-kira RM30) dan diguna untuk belanja sehariannya.



Kerana keramahan dan sifatnya sebagai wanita cantik menyebabkan ramai pembeli yang terdiri daripada golongan lelaki berminat berurusan dengannya.

Video urusan penjualan kambing itu dirakam secara rahsia oleh abangnya dalam TikToknya akaun @candradff dan video itu kemudian menjadi tular.

Candra mula mengikut ayahnya berjualan lembu dan kambing ketika dia di sekolah menengah. Minat mendalam Candra dalam bisnes jualan binatang menyebabkan dia berhasrat untuk menyambung legasi ayahnya.

Akui gadis cantik itu dia berhasrat untuk kembali ke kampung dan berniaga binatang ternakan setelah tamat pengajian di universiti dan menjadi usahawan ternakan berijazah. 

Semoga niat murni gadis cantik itu tercapai. - KitaReporters


Candra tidak kekok mengawasi kambing untuk dijual. Kredit foto: Tribun News

12
6
0
6
0
You will be interested