Seni & Sukan 08 Dec, 2021

Video| Guna parkir dan berlagak OKU! Ras Adiba gesa 2 individu mohon maaf! Tindakan amat biadab!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


SENATOR Datuk Ras Adiba Radzi dalam hantaran dalam Instagram miliknya menggesa dua orang individu tampil memohon maaf kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana menggunakan tempat letak kereta dan berlagak seperti OKU.

Ras juga berkongsi video TikTok individu berkenaan yang mempersenda golongan OKU dengan berlagak seperti insan OKU agar dapat menggunakan parkir khusus untuk golongan tersebut.

Dalam video tersebut, seorang individu dikenali sebagai Iswan menjelaskan dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka.


Lagi kisah menarik berkaitan kemudahan OKU



Namun, kesukaran mendapatkan tempat letak kereta membuatkan kawannya sanggup menyamar menjadi OKU untuk mendapatkan parkir khusus untuk golongan tersebut.

Sedia maklum, orang ramai tidak dibenarkan menggunakan parkir yang disediakan untuk golongan OKU. 

Namun, tindakan Iswan dan rakannya bukan sahaja menyalahgunakan parkir tersebut tetapi menggores hati golongan OKU.

Justeru bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka, Ras bertindak menyiarkan video dan media sosial milik individu terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.


Menggunakan parkir khusus untuk golongan OKU tidak dibenarkan apatah lagi berlagak OKU.


Menurut Ras, perbuatan dua individu berkenaan sangat biadab!

“Saya ingin memberikan amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajib. Kalian semua telah mempersendakan dengan menggunakan parking OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU. Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada kesemua komuniti OKU seluruh negara kita.

"Sudahlah kami susah, orang semua memandang rendah kepada kami dan menggunakan kemudahan yang dikhaskan untuk kami. Kita semua akan menjadi OKU satu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada OKU,” ujarnya dalam satu pesanan melalui video.




Rata-rata netizen turut terkesan dan berang dengan tingkah laku biadab dua individu berkenaan. Tindakan mereka tidak boleh diterima sama sekali. 

Malah, perbuatan bodoh mereka memuat naik video berkenaan dalam media sosial mengundang padah. Sudah tahu buat salah, ‘dikompangnya’ pula satu dunia.  - KitaReporters

Netizen turut berang dengan tingkah laku kedua individu terbabit.


11
10
0
15
0
You will be interested