KURANG 24 jam yang lalu, video muzik lagu terbaharu, Bunga Citra Lestari, ’12 Tahun Terindah’ yang dimuat naik dalam saluran YouTubenya dengan pantas meraih lebih 5 juta tontonan yang pastinya rata-rata menitiskan air mata kesedihan. - KitaReporters
Betapa tidaknya sesiapa yang menyaksikan video muzik yang didedikasikan khas buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada bulan Februari 2020 lalu, pasti akan rasa sebak.
Malah dalam perkongsian dalam Instagram, Adam Sinclair memaparkan hampir kesemua reaksi ahli keluarganya termasuk isterinya, Yuna rasa sebak dan menitiskan air mata mendengar luahan hati Bunga (BCL) yang menulis sendiri lirik pada karya ciptaan bersama Ifa Fachir ini.
'12 Tahun Terindah' kenangan BCL terhadap arwah suami, Ashraf memenuhi laman IG-nya @bclsinclair.
"Lagu ini menceritakan mengenai kebingungan saya menghadapi hari-hari baharu.
"Di saat hidup berubah dalam waktu yang begitu cepat, saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya 12 tahun terindah bersama Ashraf dengan melalui suka dan duka dalam bercinta,” lapor ibu kepada satu-satunya anak tunggal mereka, Noah Adan SInclair ini.
Sejak kepergian suami tercinta, penyanyi popular Indonesia ini, sering kali meluahkan rasa sedih dan kerinduan terhadap arwah yang mana sebelum ini beliau menterjemahkannya melalui video berjudul ‘Dear Love’ sebanyak dua episod yang dimuat naik melalui YouTube rasminya “Its Me BCL’.
Terbaharu, hampir keseluruhan paparan dalam video muzik “12 Tahun Terindah’ memaparkan gambar-gambar kenangan dirinya dan anak, Noah, bersama arwah Ashraf sepanjang 12 tahun hidup bersama.
Malah sebaik sahaja Bunga memuatnaikkan promosi lagu tersebut dalam Instagramnya, ia mendapat lebih 10,000 komen termasuk daripada rakan artis Malaysia seperti Nora Danish, Shiha Zikir dan ramai lagi yang membalasnya dengan emoji tanda 'sayang' dan 'sedih'.
Ini gambar terakhir yang dirakam bertiga dimuat naik dalam Instagram BCL pada 3 Januari 2020.
Istimewanya, lagu kenangan bersamanya itu dirakamkan buat pertama kalinya di studionya di rumah bagi mengamalkan kehidupan norma baharu yang perlu dipraktikkan akibat pandemik COVID-19.
Menurut pelakon filem ‘My Stupid Boss’ ini, banyak perkara baharu yang dipelajari ketika menghasilkan lagu ‘!2 Tahun Terindah’ bermula dengan proses penciptaan lagu, merakam demo, perbincangan kreatif hinggalah semasa memasukkan vokal.
“Kesemuanya saya lakukan dalam studio yang dibina di rumah,” ujar Bunga sambil memberitahu akan terus berkarya waima wabak COVID-19 yang melanda dunia tidak akan dijadikan sebab untuk beliau patah semangat.
Untuk rekod, terdahulu pada tahun 2015, video muzik single BCL “Wanita Terbahagia’ memaparkan gambaran kehidupan bahagia beliau bersama Ashraf dan Noah, arahan Adam Sinclair.
Ironinya, antara bait lirik yang ditulis berbunyi: ‘jauh di dalam hati, selalu ku rasa, bersyukur aku mengenangmu, kerana cinta dari kamu, jadikan aku, wanita terbahagia di dunia’, mencerminkan apa yang dilaluinya sekarang tanpa Ashraf di sini.
Jom kita layan seketika video muzik terbaharunya '12 Tahun Terindah' terbitan Bash Music Company di bawah ini. - KitaReporters
Berikut lirik lagu '12 Tahun Terindah' - Bunga Citra Lestari.
Terdiam di sini ku termenung
Memikirkan dirimu
Jalani hari biru bersama
Versi kecilmu dirimu
Tuk memahami
Tuk menerima
Oh terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang ku pikir tak ada
Takkan ku tukar dengan apapun di dunia
Sejenak
Namun mengisi jiwa
Hadirmu dalam hidupku
Ku coba jalani
Dan ku coba mengerti
Oh terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang ku pikir tak ada
Takkan ku tukar dengan apapun di dunia
Tak ku tahu
Kuatkah diriku
Untuk menerima jalani hidupku tanpamu
Terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang ku pikir tak ada
Takkan ku tukar dengan apapun di dunia