JABATAN Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu melakar sejarah apabila enam daripada tujuh pencalonan untuk Anugerah Perdana Rukun Tetangga (APRT) 2020 berjaya disenaraikan pada peringkat akhir anugerah tersebut. Kejayaan tersebut memberi semangat dan kekuatan kepada pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) negeri itu untuk terus berkhidmat kepada komuniti menerusi pelbagai aktiviti sosial, pendidikan dan keselamatan. : KitaReporters
Peserta-peserta KRT Gong Baru, Tok Nasik, Kuala Terengganu bertanding bagi Kategori Pengurusan Rukun Tetangga.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan KRT:
https://kitareporters.com/search?search=krt
Dengan kejayaan itu Terengganu paling banyak menghantar wakil bagi pertandingan akhir anugerah berprestij anjuran Kementerian Perpaduan Negara bagi menilai keaktifan Kawasan Rukun Tetangga menjalankan aktiviti untuk tempoh 2019 dan 2020.
Pada pertandingan peringkat akhir itu enam katogeri yang layak dan terpilih memasuki pusingan kedua anugerah tersebut ialah KRT Gong Baru, Tok Nasik, Kuala Terengganu (Kategori Pengurusan Rukun Tetangga); KRT Telaga Batin, Kuala Nerus (Pengurusan Projek Ekonomi); KRT Tok Randok, Hulu Terengganu (Pengurusan Skim Rondaan Sukarela); KRT Bandar Jertih (Pengurusan Jiran Wanita); KRT Tanah Lot, Dungun (Pengurusan Jiran Muda) dan Pengurusan Taska Genius Perpaduan Dungun.
Peserta-peserta KRT Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu bertanding bagi Kategori Pengurusan Projek Ekonomi.
Pengarah JPNIN Terengganu Burhanuddin Daud
Pengarah JPNIN Terengganu, Burhanuddin Daud berkata,kesemua enam calon tersebut telah membuat persembahan masing-masing di lokasi dan masa yang berbeza pada 15 ,16 18 dan 24 Disember 2020 .
Katanya, penghakiman yang dibuat oleh penganjur pada tahun ini agak berbeza daripada tahun sebelumnya kerana ia dilakukan secara dalam talian (maya/virtual).
Peserta-peserta KRT Tanah Lot, Dungun bagi Kategori Pengurusan Jiran Muda
“Penghakiman menerusi kaedah ini pertama kali dilakukan kerana negara masih lagi berada dalam situasi COVID-19,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau kagum dengan semangat dan kesungguhan para peserta khususnya pemimpin Rukun Tetangga terbabit untuk berhadapan dengan ahli panel penilai walaupun mereka pertama kali berinteraksi secara dalam talian.
Peserta-peserta Kategori Pengurusan Jiran Wanita dari KRT Bandar Jertih
“Walaupun tidak mengharapkan dan menyasarkan sasaran yang terlalu tinggi pada kali ini, diharapkan keputusan pertandingan akhir pada kali ini nanti akan memihak kepada semua calon yang mewakili Negeri Terengganu,” katanya.
Katanya, semua calon yang mewakili Terengganu kali ini dilihat telah membuat persediaan rapi dan persembahan yang bersungguh-sungguh dan menarik perhatian juri hasil dorongan, bimbingan dan galakan daripada Pegawai Perpaduan Daerah masing-masing.
Peserta Kategori Pengurusan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Tok Randok, Hulu Terengganu
Burhanuddin berkata, pengalaman bertanding dan berhadapan dengan hakim secara dalam talian juga memberi pengalaman baharu kepada peserta kerana sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.
Katanya, jabatan ingin mengucapkan penghargaan terima kasih juga kepada Pegawai Daerah Dungun, Pengarah Kolej Komuniti Besut dan seluruh agensi Kerajaan pada peringkat daerah yang memberi sokongan dan kerjasama menyediakan tempat dan teknikal bagi menjayakan program tersebut. - KitaReporters
Peserta -peserta yang mewakili Pengurusan Taska Genius Perpaduan Daerah Dungun