Seni & Sukan 17 Feb, 2022

Video| Gila apa ni! Anak setahun diajar hisap vape! Polis, sila tangkap mereka yang terbabit!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEPATUTNYA ibu bapa atau penjaga adalah insan yang melindungi anak-anak mereka dari segala perkara yang membahayakan sehingga memudaratkan kesihatan mereka sendiri.

Namun dalam media sosial baru-baru ini, gempar seorang kanak-kanak perempuan sedang diajar menghisap rokok elektronik atau vape

Oleh sebab itu, video penganiayaan kanak-kanak tersebut telah mengundang amarah daripada semua warga maya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vape


Video tersebuat yang telah dimuat naik dalam FB Inforoadblock, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia kira-kira setahun menghembuskan asap vape melalui hidung seperti seorang yang mahir

Warga maya mengesyaki kejadian ini berlaku di Sabah kerana dialek yang terdapat dalam video ini.

Kejadian ini memang mengundang amarah daripada warga maya kerana memberi kanak-kanak kecil menghisap vape. 

Malah mereka menyarankan agar individu durjana yang terbabit dalam kes kanak-kanak menghisab vape ini ditangkap segera oleh polis. - KitaReporters


19
24
0
20
0
You will be interested