Seni & Sukan 03 Feb, 2021

Video| 16 peserta bersaing dalam Gelak: Gempak! Peluang jadi pelawak komediri! Menang RM25,000

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


SEKARANG ini dalam tempoh kita masih berperang dengan pandemik COVID-19, siapa tidak mahu mencari duit apatah lagi jika diberi RM25,0000 kan?  Persoalannya siapa nak bagi? Dan bagaimana cara mahu memperolehnya?

Jawapannya mudah sahaja kerana jika anda berbakat dalam berlawak, anda ada peluang memenangi RM25,000 andai kata menjuarai program realiti terbaharu dari Astro yang dinamakan ‘Gelak: Gempak’.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lawak:

https://kitareporters.com/search?search=lawak


Sherry Alhadad, Nabil Ahmad dan Douglas Lim antara juri 'Gelak: Gempak'.


Dan inilah yang akan menjadi rebutan kepada 16 peserta yang bakal bersaing dalam satu-satunya program lawak berkonsepkan pelawak komedi berdiri atau ‘komediri’ yang lebih terkenal dengan panggilan bahasa Inggeris sebagai ‘stand-up comedian’.

Mereka yang bertuah dipilih pada program sulung ini terdiri dari nama-nama berikut di bawah ini:




Bakal bersiaran mulai 5 Februari 2021 depan, setiap Jumaat  jam 9 malam melalui saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna  (127), program pertandingan perncarian bakat hasil kerjasama dengan LOL Asia ini diharap dapat membawa seni lawak komediri menembusi audiens massa dengan capaian yang lebih meluas seraya membangkitkan bakat baharu sebagai pelapis industri. 

“Besar harapan kami agar program ‘Gelak: Gempak’ dapat memupuk minat terhadap genre komedi ‘stand-up’ supaya menjadi antara kategori lawak yang diraikan ramai, sama seperti komedi sketsa (Maharaja Lawak Mega) dan komedi muzikal (Muzikal Lawak Superstar),” ujar Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh (gambar bawah).



Menurutnya, setiap peserta akan diadili berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada nama-nama besar industri komedi termasuklah Dato’ Afdlin Shauki, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad

Kesemua juri bakal menilai para peserta berdasarkan tahap kreativiti, persembahan pentas serta isi kandungan jenaka. 


Harith Iskandar dan Afdlin Shauki turut terlibat  sebagai juri.


Sementara itu, pelawak komediri tersohor Prakash Daniel hadir sebagai jurulatih jemputan bagi para peserta malah bagi memeriahkan lagi penerbitan program ‘Gelak: Gempak’, Harith Iskander dan Douglas Lim turut diundang sebagai juri serta mentor jemputan.

Juara keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000 sumbangan Astro, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing pula akan menerima RM7,000 dan RM3,000  selain trofi untuk semua.

Siapakah agaknya yang mampu mencuit hati juri dan penonton akan diketahui pada 10 episod terakhir nanti.  Good luck semua! - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested