Seni & Sukan 06 Jun, 2020

Mohon derma RM1, #1jutalike! Untuk santuni warga tua, yatim!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

ADA apa dengan RM1? Bagi sesetengah golongan derma seringgit dari kita mampu menyediakan bekalan makanan yang dapat dibeli secara berterusan untuk disalurkan kepada orang tua di rumah perlindungan, warga geladangan dan anak-anak yatim di seluruh negara. : Kitareporters

Sukarelawan Hati Nurani Malaysia melawat warga tua.


Penasihat Pertubuhan Kebajikan Hati Nurani Malaysia (Hati Nurani), Dato' Rozain Muhammad Nor, berkata setakat ini, banyak program yang sudah berjaya dilaksanakan sejak beroperasi tiga tahun lalu.

Ini mendorong mereka untuk mempertingkatkan usaha merangka beberapa program baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Ibu....engkaulah ratu hati. Dato' Rozain Muhammad Nor menyantuni penghuni yang kesunyian. 


Hati Nurani memberi tumpuan kepada aktiviti pendidikan, kebajikan masyarakat dan sosial termasuk mengadakan kelas tuisyen dan memberi makan kepada golongan geladangan.

Hati Nurani juga menyediakan asrama percuma kepada orang muda dari luar bandar yang mencari pekerjaan di bandar raya, melawat orang sakit dan membuka akademi tahfiz percuma.

Sehubungan dengan itu, katanya Hati Nurani membuat soft-launch (pelancaran kecil) kempen mohon Sumbangan RM1, #1jutalike daripada netizen untuk membiayai banyak program yang dirangka dan sedang dijalankan, di samping memastikan sedekah dapat disalurkan secara berterusan untuk golongan miskin bandar raya.

Page Pertubuhan Kebajikan Hati Nurani Malaysia yang mohon netizen bagi #1jutalike.


"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hati Nurani Malaysia secara konsisten memberi barangan dapur yang terdiri daripada beras, ayam dan susu serta gula kepada warga kota dan dengan permintaan yang semakin meningkat sekarang kami memerlukan dana berterusan supaya bekalan ini sentiasa ada dalam simpanan," katanya.

Rozain berkata Hati Nurani juga mahu membuka semula Akademi Tahfiz setiap hujung minggu secara percuma dan tuisyen selepas PKP

Sumbangan RM1 daripada orang ramai untuk membantu membayar elaun guru yang akan mengajar Bahasa Inggeris, Sains dan mata pelajaran lain atas permintaan pelajar.


Sebahagian program membantu memberi makanan pada geladangan dan meraikan orang-orang tua.


Beliau berkata, kempen Sumbangan RM1, #1jutalike itu akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, juga sebagai satu usaha alternatif untuk membolehkan Hati Nurani mengisi tabung kerana mereka berhajat membeli bangunan di Sentul yang sekarang disewa

Secara keseluruhan kata Rozain, pertubuhan itu membelanjakan sehingga RM20,000 sebulan untuk membiayai semua kos operasi pejabat, bil elektrik dan air serta membeli barangan keperluan itu. 

Mereka juga sedang menjalankan projek mengadakan bengkel jahitan untuk mengisi dana kewangan pertubuhan.

Pakej sedekah yang orang ramai boleh beli dan dermakan pada Hati Nurani.



Bangunan empat tingkat itu kini menyediakan kemudahan penginapan percuma untuk orang luar bandar yang dapat kerja di bandar raya tetapi tidak mampu menyewa. 

Selalunya mereka tinggal di situ dalam seminggu dua dengan semua kemudahan adalah secara percuma.

Sumbangan dari Ar-Rahnu X`Change Bandar Bandar Baru Selayang disampaikan kepada Rumah Al-Fikrah di Kajang.


Pada masa ini Hati Nurani juga `menjaga` kebajikan 70 penghuni di Rumah Penjagaan Orang-Orang Tua Al Fikrah, Sungai Sekamat Kajang. 

seramai 50 daripada penghuni di rumah penjagaan itu adalah lelaki dan bakinya ibu tua. 

Mereka ditinggalkan oleh anak-anak kerana usia tua, berpenyakit dan tidak kurang juga ada anak yang memberi alasan tidak berkemampuan serta sibuk kerja.

Sebagai sokongan kepada pelancaran kempen, syarikat pajak gadai Ar-Rahnu X`Change Bandar Baru Selayang telah menyumbangkan 20 kampit beras, susu, tepung dan minyak masak yang akan diberikan kepada rumah orang tua berkenaan.

Menurut Pengurus Ar-Rahnu itu, Zurina Che Soh, bantuan berkenaan sempena sambutan Aidilfitri bagi mengurangkan bebanan orang ramai yang melalui kesulitan ekoran PKP. 

Sumbangan itu turut diberikan kepada ibu-ibu tunggal dan pelanggan.

Zurina Che Soh (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan dari Ar-Rahnu X`Change Bandar Baru Selayang kepada Rozain Muhammad Nor (kanan), Balminder Singh dan Setiausaha Agung Pertubuhan, Muhd Ruknu semalam (kiri).


Sebelum itu, pengasas Pertubuhan Kebajikan Hati Nurani Malaysia, Balminder Singh @ Billy, berkata semua kegiatan pertubuhan kini dibiayai daripada duit sakunya, hasil pendapatan daripada beberapa perniagaan diusahakannya termasuk kelas bahasa Inggeris untuk pelajar luar negara.

"Kami pernah berkerjasama dengan seorang tokoh agama yang menubuhkan Akademi Tahfiz dengan menyediakan satu ruang khas. 

"Malangnya bila ada kes kebakaran di Keramat beberapa tahun lalu, lesen kami ditangguhkan dahulu. 

"Kami bercadang membuka semula kelas pengajian hujung minggu kerana sudah ada permintaan," katanya menambah kelas itu boleh disertai 20 pelajar.

Terima kasih atas sumbangan.... Rozain (kanan) dan Billy bergambar bersama barangan sumbangan.


Sehubungan itulah, Billy bersama Rozain dan 20 sukarelawan memutuskan untuk melancarkan kempen mohon Sumbangan Anda RM1 itu dan berharap netizen dapat memberi like pada page Pertubuhan Kebajikan Hati Nurani Malaysia menerusi Facebook dan Instagram untuk mencapai matlamat mendapatkan #1jutalike.

Dengan  #1jutalike itu akan membolehkan pertubuhan mendapat dana berterusan daripada pengguna yang mahu mengiklankan barangan pada page berkenaan dan bayaran insentif daripada Facebook serta Instagram berkenaan.

Orang ramai boleh membantu Hati Nurani dengan menghubungi Setiausaha Agungnya, Mohd Ruknu Daulah Samion, melalui talian 014-5482887.

Rozain bersama rombongan membantu mangsa banjir besar di Kelantan.

4
0
0
0
0
You will be interested