Seni & Sukan 15 Apr, 2020

JOM DERMA!! DANA FRONTLINERS SITI NURHALIZA

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif mengumpul dana untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai. Dana tersebut diberi nama Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza. : KitaReporters 


Pelantun lagu Cindai itu berkongsi khabar tersebut dalam laman Instagram miliknya pada hari ini Rabu, 15 April 2020.

Dalam kenyataan yang disiarkan itu, Siti Nurhaliza menyatakan bantuan yang akan dihulurkan adalah daripada hasil pengumpulan Dana PKP tersebut.

Antara objektifnya ialah membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19.

Selain itu, ia juga bertujuan membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. 

Malah, disertakan juga bantuan khusus bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.


Bagi memudah dan menggalakkan orang ramai menderma secara dalam talian, ditubuhkan juga platform menggunakan aplikasi Kitafund. 

Anda boleh ikut arahan yang telah diberikan untuk berbuat demikian.

Semoga pengaruh besar yang ada pada Siti, mampu menarik orang ramai untuk sama-sama menderma, sekali gus membantu para pejuang barisan hadapan dan masyarakat yang memerlukan bantuan. - KitaReporters


Berikut kenyataan Siti Nurhaliza berhubung penubuhan Dana PKP Siti Nurhaliza ini:

"Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.

Dana ini, objektifnya dibahagikan mengikut kategori iaitu:

1. PEDULI - Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. .

2. KEMANUSIAAN - Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.

3. PRIHATIN- Bantuan khusus bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.

Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.

Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Dalam Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.

Dato' Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.

Para penonton youtube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

#danapkpsitinurhaliza"

4
1
0
0
0
You will be interested