Seni & Sukan 20 Apr, 2020

FRONTLINERS!! ADA 2 CHALLENGES! ADA BERAN??

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

PERANAN serta apa yang dilakukan oleh frontlinears atau petugas barisan hadapan ketika ini memang sewajarnya diberi pujian sama ada dari segi tenaga mahupun masa, mereka sentiasa berikan yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat. Stres sudah tentu, jika tidak diatasi dengan baik, mampu beri kesan negatif kepada mereka. : KitaReporters



Satu video yang dimuat naik dalam Facebook Prof. Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff dan Puan Sri Idayu itu menunjukkan 7 orang petugas hospital sedang 'feeling-feeling' menaiki bot atau kapal seperti dalam satu babak dalam cerita Titanic.

Video yang berdurasi 10 saat itu tampak lebih menarik apabila 2 orang di hadapan itu seperti watak Jack dan Rose, manakala 2 orang tukang kayuh seakan-akan mereka sedang berada di lautan dan 2 orang lagi di belakang sedang menolak katil pesakit sambil orang terakhir mengibas-ngibas baju rakan seperti semua berada di tengah lautan sambil ditiup angin laut. 

Video ini tambah menarik apabila muzik latar video ini juga sama seperti filem Titanic.

Ternyata, biarpun hanya berdurasi 10 saat tetapi ia telah mendapat perhatian para netizen dan rata-rata mereka sangat terhibur untuk hilang stres.  

Ada juga yang tag rakan-rakan mereka yang bekerja di hospital. 






Namun begitu, ada yang memberitahu video ini dari Indonesia

Biarlah dari mana pun video ini, apa yang pasti kita boleh lihat bagaimana mereka cuba mencari hiburan pada saat menghadapai tekanan menguruskan kerja mereka di hospital. 

 


Namun, difahamkan video ini bukan bersifat unik kerana rupa-rupanya mereka seakan menyahut "Titanic Hospital Challenge (Cabaran Hospital Titanic)" untuk melakonkan semula babak tersebut di dalam hospital menggunakan katil pesakit.

Seorang pemilik akaun Facebook, Marisol Matt Adam telah memuat naik satu video yang serupa kira-kira seminggu yang lalu dengan tajuk: "Titanic hospital version."

Titanic hospital version. - Marisol Matt Adam


Malah ada satu lagi cabaran dalam kalangan frontliners yang dinamakan Frontliners Dance Challenge yang turut mendapat perhatian daripada mereka di barisan hadapan ketika berdepan pandemik Covid-19 ini.

Dengan berlatar belakang lagu Fight Song oleh Rachel Platten serta beberapa langkah tarian mudah, Cabaran Tarian Barisan Hadapan tersebut kian mendapat sambutan dan video mereka kian memenuhi ruang maya khususnya aplikasi TikTok.

Kita sama-sama lihat cabaran mana yang akan disahut oleh petugas barisan hadapan di Malaysia. - KitaReporters

Frontliners Dance Challenge for All ❤️🙏 


FRONTLINERS DANCE CHALLENGE 

2
2
2
1
0
You will be interested