Seni & Sukan 30 May, 2022

Asia Kids Star! Pentas impian kanak-kanak Malaysia-China! Tampilkan potensi dan bakat si cilik!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


ATAS dasar mengeratkan hubungan Malaysia-China, pertandingan Asia Kids Star, yang julung kali diadakan dilihat mampu dijadikan jambatan kebudayaan, menerusi Pertandingan Rasmi Pertukaran Budaya China-Malaysia.

Pertandingan yang dijayakan hasil kerjasama antara syarikat Malaysia, N Q Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan Dou Kou International Media tersebut  merupakan platform antarabangsa untuk pertukaran seni dan budaya bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 16 tahun di Asia dan di seluruh dunia

Turut memberi sokongan dalam menjayakan penganjuran program berkenaan adalah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan budaya 


Menerusi pertandingan berkenaan yang berlangsung 24 Mei 2022 lalu, kepelbagaian budaya unik kedua-dua negara yang menarik turut dipamerkan kepada pengunjung yang berlangsung meriah Pawagam Mini P. Ramlee. 

Kini siri pertandingan Asia’s Kids Star iaitu “Awakening of Dance Souls” Pertandingan Tarian Kanak-Kanak Antarabangsa, “Comprehensive Talent Contest” (Pertandingan Bakat) dan “Film Art Independent Space Exhibition” (Pertandingan Seni Kanak-kanak Antarabangsa), dibuka kepada kanak-kanak seluruh dunia untuk menyertainya.

Acara hebat itu kini telah memasuki peringkat uji bakat dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian.

Peserta yang berminat hanya perlu memuat naik video penyertaan ke pautan yang disediakan.



Lebih mengujakan, selain penyertaan aktif daripada kalangan kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia, pertandingan ini turut menarik minat ramai kanak-kanak dari Singapura, Sweden, New Zealand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan Jepun untuk menyertainya. 

Ini bukan sahaja menampilkan aspek budaya yang berbeza, tetapi juga mencerminkan nilai teras alternatif acara “Asia’s Kids Star”, iaitu kepelbagaian budaya

Ternyata, “Asia’s Kids Star” bukan sahaja memberi peluang kanak-kanak melatih dan membina keyakinan diri mereka, tetapi juga memberi  peluang untuk mengejar impian mereka!  - KitaReporters


13
5
0
14
0
You will be interested