"ABANG tak main taik... adik yang gila bayang." Begitulah komen pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, terhadap kenyataan penyanyi Shila Amzah yang berhasrat untuk kembali bernikah.
Namun Shila menolak untuk kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz walaupun dicadangkan oleh para netizen.
Setelah Sharnaaz dan Shila sama-sama mengalami keruntuhan rumah tangga dengan masing-masing mempunyai seorang anak, terdapat peminat kedua-duanya mencadangkan mereka kembali bersatu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berkahwin semula
Perkongsian gambar terbaharu serta kapsyen yang dimuat naik oleh Sharnaaz Ahmad pada Sabtu, 4 Jun 2022 lalu itu menimbulkan tanda tanya netizen.
Menerusi entri itu, Sharnaaz memuat naik gambarnya berada di pantai serta dikaburkan sedikit pada bahagian jari-jarinya, mungkin khususnya jari hantunya.
Kata Sharnaaz dalam hantarannya itu: "Abang tak main taik... adik yang gila bayang. Maaf kalau gambar kurang sopan."
Kapsyen Sharnaaz itu seolah-olah menyifatkan individu yang digelar ‘adik’ itu sebagai gila bayang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ia ditujukan kepada siapa.
Terdahulu dilaporkan, setelah tiga bulan bercerai dan merasakan kepahitan menerima gelaran janda muda beranak satu, Shiha berhasrat untuk kembali menikah. Namun dia menolak untuk kembali bercinta Sharnaaz, walaupun dicadangkan oleh netizen.
Shila berkata hubungannya dengan Sharnaaz masih baik namun hanya sebagai kawan. Shila menolak untuk kembali bercinta seperti dulu, serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan masing-masing.
“Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in relationship. Saya tak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.
“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya ras tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu. Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya kepada sebuah portal.
Menurut Shila, dia tidak menolak untuk berkahwin semula jika ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti namun bukan dalam masa terdekat.
“Saya tak nafikan kehidupan sebagai ibu tunggal bukan mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah. Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif.
“Seandaiknya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk mulakan kehidupan yang baru. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Shila berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun disahkan bercerai pada 8 Februari 2022.
Sebelum itu kira-kira 10 tahun lalu iaitu pada 2012 hingga 2013, Shila pernah menjalin hubungan cinta dengan Shahnaaz namun tidak direstui keluarga. Ketika itu kegiatan seni Shila diawasi bapanya, penghibur ND Lala (Datuk Amir Amzah Salleh). - KitaReporters