Kredit foto: IG TMJ
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampak begitu serius ingin menaja perubahan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memastikan keadaan padang berada pada tahap terbaik untuk kegunaan pasukan kebangsaan.
Jika sebelum ini, SNBJ menggunakan rumput jenis 'Cow Grass' yang dilihat agak kurang sesuai untuk digunakan, oleh sebab itu Tunku telah mencadangkan dan ingin sponsor untuk tukar ke jenis rumput 'Zeon Zoysia' yang dilihat lebih berkesan.
Malah menurut Tunku bahawa kos untuk penjagaan juga hanya RM240,000 setahun untuk padang baharu dan untuk maintenance.
Bayar gaji pemain import lagi mahal lagi kos penjagaan padang ini.
Lagi cerita-cerita menarik Stadium Nasional Bukit Jalil
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah membalas dan menyambut baik hasrat itu.
Memetik laporan dari Bernama, namun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula berhasrat untuk menentukan sendiri jenis rumput padang apa yang sesuai untuk digunakan.
Jika sebelum ini KBS berkata masih belum ada hitam putih daripada Tunku, hari ini Sabtu, 12 Mac 2022, Tunku sendiri telah memuat naik dalam story Instagram miliknya sekeping kertas yang dipercayai tajaan untuk padang Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Ini jelas menunjukkan bahawa Tunku serius dalam apa yang beliau perkatakan dan bukan hanya berbicara kosong.
Tunku turut berkata bahawa dirinya iklas untuk membantu kerana rumput jenis Zeon Zoysia itu sudah terbukti berjaya di JDT.
Persoalannya di sini, adakah PSM dan KBS akan tolak jenis rumput yang telah dicadangkan oleh Tunku iaitu rumput jenis
Zeon Zoysia dan mereka sendiri memilih jenis rumput pilihan mereka? Atau sudah ada kontraktor yang sedang tunggu peluang terhidang ini?
Sebagai peminat, kita berharap lawatan Tunku pada 19 Mac 2022 dan dapat kata sepakat daripada semua pihak dan dapat dilakukan segera demi kemajuan padang bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil. - KitaReporters