Salah seorang penyanyi digilai remaja, Justin Bieber, 27, yang sering melakukan perkara kontroversi, kali ini dituduh menghina agama Islam dengan muncul berpakaian berhijab dalam satu konsert pada 4 November 2021 lalu.
Namun yang menjadi perhatian ialah skaf pada kepalanya yang digunakan sebagai hijab. Penampilannya itu dilengkapi dengan sebuah cermin mata hitam.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal kontroversi
Penampilan Justin dalam konsert itu telah banyak dimuatnaikkan dalam media sosial.
Pemilihan pakaian oleh suami Hailey Baldwin itu dirasa tidak sesuai sehingga menimbulkan kontroversi, khususnya bagi komuniti Islam di seluruh dunia. Justin Bieber dianggap telah menghina agama Islam dengan tampil berhijab dalam konsert itu.
Foto-foto Justin Bieber sedang menyanyi dengan menggunakan hijab itu menjadi tular setelah dimuat baik dalam Twitter. Sementara sejumlah masyarakat Islam tersinggung dengan cara penampilan Justin Bieber itu.
/
Justin Bieber anggap berpakaian seperti berhijab hanya sekadar berfesyen. - Kredit foto: IG @nairawonder22
Sebelum insiden penggunaan hijab ini, Justin Bieber sudah beberapa kali melakukan perkara yang mengundang kontroversi.
Antaranya, dirinya menconteng sebuah bangunan bersejarah di Brazil, yang membuatnya diheret ke mahkamah. Dia juga pernah berpura-pura cedera agar dapat menaiki seluruh kenderaan di Disneyland tanpa beratur.
Kontroversi ini hadir di tengah-tengah laporan bahawa penyanyi dari Kanada tersebut bakal mengadakan konsert besar-besaran di Arab Saudi.
Justin yang terkenal sejak sedekad lalu dan menjadi antara artis paling banyak dimainkan di Spotify akan melakukan persembahan pertamanya dalam acara penutup Formula 1 pada bulan Disember 2021 nanti.
Untuk makluman, ini bukanlah kontroversi pertama Bieber.Sebelum ini pada Mac 2013 dia pernah mencipta kontroversi apabila menyerang seorang jurugambar di London selepas meninggalkan hospital.
Dalam kejadian lain, pada 2017, polis berkata Bieber melanggar paparazi dengan traknya semasa memandu dari majlis di Beverley Hills. Anehnya, tiada saman dikenakan kepada bintang ini.
Selain itu, Justin Bieber juga banyak kali ditangkap kerana melanggar undang-undang, sama ada ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol atau memandu secara melulu atau mengelak dari ditangkap.
Pada 2014, dia didakwa meminum arak semasa memandu di Miami dan turut ditahan kerana disyaki berlumba. Sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan itu, dia menderma USD$50,000 kepada badan amal belia. - KitaReporters
/