Seni & Sukan 14 Nov, 2020

Video| Azmi Saat cipta Tulus buat kekasih! Terperap 12 tahun

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

‘TULUS’ dicipta penyanyi Azmi Saat sekitar tahun 2008 tetapi hanya 12 tahun kemudian baharulah diterbitkan sebagai single terbaharunya tahun ini dengan mendapat sentuhan produser muzik terkenal, Ezra Kong. Kenapa begitu lama sangat Azmi? Dulu belum terasa tulus ke nak luluskan lagu tersebut? : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Azmi Saat:

https://kitareporters.com/search?search=azmi+saat


“Saya mencipta lagu itu semasa sedang mernunggu keputusan STPM,” cerita pemilik nama penuh Khairul Azmi Mohd Saat, 33 tahun ini.

Menurut vokalis dan pemain keyboard kumpulan OKU cacat penglihatan, ‘Caliph Buskers’ ini, sewaktu itu, beliau mengambil peluang untuk mempelajari selok-belok teknik rakaman audio dengan menggunakan komputer melalui kawan-kawannya. 

Daripada lirik, melodi, susunan muzik dan rakaman semuanya dilakukan sendiri, waima lagu ‘Tulus’ adalah projek pertama yang berjaya disiapkan hasil dari cubaan tersebut.


Caliph Buskers ketika 'busking' di hadapan pusat membeli-belah Sogo KL. - Kredit foto: @caliphbuskersofficial.


Pun begitu, laluan di lapangan seni hiburan hanya bermula selepas Caliph Buskers diketengahkan oleh komposer terkemuka, Edry Abdul Halim setelah melihat mereka beraksi di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur.

Menyedari kebolehan mereka, Edry mempelawa Caliph Buskers di mana Azmi menggantikan vokalis MOJO, Aweera pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (2015) menerusi lagu ‘Romancinta’ yang seterusnya membawa kemenangan trofi Persembahan Terbaik bersama ganjaran wang tunai RM12,000.

Terbaharu, pada awal tahun 2020, Azmi dilamar oleh Valient Music sebagai artis rakaman di mana beliau digalakkan supaya terus mencipta lagu sendiri dan mendalami selok belok produksi muzik. 

Atas kesempatan itulah baharu Azmi memperdengarkan lagu ‘Tulus’ kepada pihak Valient Music dan mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat Ezra Kong bagi menerbitkan lagu tersebut.



“Ketika saya ditawarkan kontrak rakaman daripada Valient Music, saya terus terima kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya saya di samping peluang untuk bekerjasama dengan produser terkenal, Ezra Kong.” kata Azmi.

Jadi, daripada situlah Azmi mengambil peluang  untuk ketengahkan hasil karya sulongnya, ‘Tulus’ . Lebih menarik lagi, ada nostalgia di sebalik ‘Tulus’ ciptaan Azmi itu tau?

Ia diilhamkan daripada kisah perasaan Azmi yang mula merasai hadirnya cinta yang tulus daripada seseorang pada dirinya.


Azmi bersama isteri tercinta, Nazira Muhammad. - Kredit foto: Instagram @azmi_saat.

Iya, benar tekaan korang, lagu ‘Tulus’ dicipta khas oleh Azmi untuk teman wanitanya ketika itu yang kini sudah pun bergelar isterinya sekarang, Nazira Muhammad, juga seorang cacat penglihatan, yang dikahwini pada tahun 2011.

Kiranya tiga tahun jugalah Azmi memendamkan 'Tulus' daripada Nazira iya tak sebab lagu itu dicipta pada tahun 2008.

“Ia sebuah lagu sebagai tanda memohon kemaafan dan luahan rasa cinta saya kepadanya,” ujar Azmi tulus lagi jujur.

“Perasaan saya sangat teruja kerana ini adalah lagu pertama yang saya cipta sendiri. Lebih mengujakan saya lagi apabila lagu ini mendapat sentuhan dari produser terkenal Ezra Kong. Lagu ini saya tujukan khas untuk kekasih saya yang juga merupakan isteri saya kini.” akuinya selanjut.

Melalui 'Tulus', Azmi juga berharap pendengar supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain walaupun tidak mendapat balasan sebagaimana  yang diharapkan. Tegas beliau, sifat tulus itu tidak pernah mengharapkan apa faedah dari setiap yang dilakukan. 

“Tulus” diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini sudah boleh dinikmati melalui  kesemua pelantar digital popular sekarang. - KitaReporters 



0
0
0
0
0
You will be interested