Seni & Sukan 21 Jan, 2022

Video| Lubang maut! DBKL mana? Bahaya menanti di River of Life! Budak nyaris tak hilang nyawa!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RIVER of Life menjadi satu tarikan buat semua pelancong yang melawat ke Kuala Lumpur, lagi-lagi pada waktu malam untuk melihat sendiri lampu yang bergemerlapan di sungai tersebut.

Namun di sebalik tarikan di River of Life (Sungai Kehidupan), tular sebuah video dalam Tiktok memaparkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di tepi sungai berkenaan yang membahayakan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DBKL


Video tular ini telah dirakam oleh seorang wanita ketika merakam anak buah yang terjatuh di sana.

Biasalah kanak-kanak yang seronok berada di luar akan sentiasa berjalan sehingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam sebuah lubang besar antara tebing dan penghadang di tepi sungai tersebut.

Nasib tiada kecederaan atau masalah yang berlaku kepada kanak-kanak ini yang diselamatkan oleh bapanya sendiri yang terjun ke bawah untuk mengambilnya.



"Bayangkan kalau time tu air deras atau sedut terus anak buah i ke sungai. Alhamdulillah Iqbal selamat, abah dia terus terjun tangkap. Abah dia pun cakap kalau anak dia terjatuh ke sungai, dia nekad terjun je," tulis Natasha Ezzaty Ariff berhubung video tersebut.

Perkongsian video ini telah mendapat perhatian ramai netizen. 

Rata-rata daripada mereka juga berkongsi kisah sama yang berlaku. Mereka berpendapat pihak atasan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengambil tindakan sebelum perkara tidak diingini seperti kecelakaan lebih buruk berlaku. - KitaReporters



Maka, Ibu bapa yang bawa anak-anak ke sana pun kenalah berhati-hati. - KitaReporters


12
8
0
9
0
You will be interested